BILA hukuman penjara Wan Ji Wan Hussin, seorang aktivis PKR, ditambah dari 9 bulan ke 1 tahun ramailah yang bersolidariti dengan beliau.

Antara yang paling terkehadapan dalam membela beliau adalah Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Syahredzan Johan, yang menyebut:

(1) “Pendakwa Raya mesti memberi penjelasan mengapa pihaknya telah membuat rayuan untuk mengenakan hukuman yang lebih berat ke atas Wan Ji, bertentangan dengan dasar Kerajaan Persekutuan mengenai Akta Hasutan”.

(2) “Untuk memastikan tiada lagi rakyat Malaysia seperti Wan Ji dijenayahkan kerana Akta Hasutan yang zalim dan lapuk itu, maka saya menggesa sekali lagi supaya Kerajaan Persekutuan mempercepatkan usaha untuk memansuhkan Akta tersebut”.

Sentimen sama turut dimainkan oleh pemimpin parti politik dan aktivis sosial lain, termasuk Centre for Independent Journalism (CIJ), Beyond Borders, Malaysian Action for Justice and Unity (MAJU), Malaysia Muda dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Begitu juga dengan Pengarah Mobilisasi Pemuda HARAPAN Malaysia, Shazni Munir Mohd Ithnin, yang menyeru seluruh aktivis masyarakat, kepimpinan negara dan politik serta rakyat amnya diseru hadir bersolidariti dengan Wan Ji di samping menggesa agar Parlimen Malaysia segera memansuhkan Akta Hasutan.

Malah, bakal Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut menyatakan hukuman ini adalah terlalu keras dan tidak selari dengan reformasi demokrasi.

Saya sendiri turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Wan Ji, begitupun, untuk bersolidariti dengan beliau kita perlu terlebih dahulu tahu apa pertuduhan spesifik yang dikenakan ke atas beliau.

Di dalam kertas pertuduhan, beliau didakwa telah mengeluarkan kata-kata begini terhadap Sultan Selangor khasnya dan terhadap Sultan-Sultan lain umumnya melalui laman Facebook beliau pada jam lebih kurang 10.00 pagi 8 November 2012:

(1) “Jenis syaitan tak baca hadis Nabi…”
(2) “Bahana bodoh agama tapi nak jadi ketua agama…”
(3) “Perasan bagus, tapi bodoh agama…”
(4) “Buang je Sultan-Sultan ni…”
(5) “Perabis duit rakyat…”
(6) “Si syaitan ni buat projek pembodohan…”
(7) “Bila orang bodoh, dia akan berkuasa…”
(8) “Firaun moden…”
(9) “Nak kaya dalam keadaan bodoh adalah jadi Sultan…”
(10) “Kalau di Malaysia, yang buat kerja (pembodohan) ni adalah UMNO dan Sultan…”

Oleh itu, sebelum bersolidariti dengan beliau, perlulah ditanyakan kepada diri kita sendiri terlebih dahulu: Apakah kita juga bersetuju dengan kata-kata begini? -10 Julai 2019.

KAMARUL YUSOFF,
Penganalisis politik.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

1 COMMENT

  1. Kalau dinegara China, beliau sudah dihukum bunuh… Lihat sahaja di Singapura, menghina Lee Kwan Yew yang telah mati pun dikenakan hukuman berat. Kekadang saya tertanya-tanya siapa yang bodoh sebenarnya? Bukankah kaki-kaki arse sucker politician lebih bodoh dan tidak sedarkan diri. Bangsa dan agama di pijak oleh DAP masih mengikut telunjuk pemimpin DAP.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.