DAP didakwa tidak kisah Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri atau sebaliknya, sebaliknya hanya mahu jaga kewangan dan undang-undang negara.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO Dr Mohd Puad Zarkashi, walau apa pun berlaku Lim Kit Siang mahu jawatan Menteri Kewangan dikekalkan kepada DAP dan Peguam Negara perlu dikawal parti itu.

Ahmad Puad ditanya, ketika mengulas tentang kunjungan Lim Kit Siang baru-baru ini ke pejabat Perdana Menteri, yang mencetus pelbagai persoalan kepada pemerhati politik negara.

Ditanya mengapa DAP sangat mahukan jawatan Peguam Negara, Ahmad Puad menyatakan peguam negara akan menentukan kertas siasatan SPRM sama ada lengkap atau tidak, dan ini akan menentukan seseorang akan didakwa atau tidak.

“Bahkan peguam negara juga berkuasa menggugurkan pertuduhan terhadap seseorang seperti kes Lim Guan Eng,” tambah Puad.

Jawatan Perdana Menteri belum cukup mampu untuk mengugurkan apa-apa pertuduhan melainkan atas nasihat dan dorongan Peguam Negara.

Ini kerana jawatan Perdana Menteri hanyalah sebagai ‘puppet’ untuk mengaburi orang Melayu semata-mata.

Puad juga menegaskan banyak agenda DAP tercapai jika memegang ‘wang negara’.

Termasuklah apa yang berlaku hari ini seperti menjual aset Tabung Haji dan Khazanah Nasional sewenang-wenangnya.

Ironinya, aset yang dijual Lim Guan Eng adalah aset yang melibatkan kepentingan orang Islam dan Melayu dan beliau akan terus galak melakukan agenda itu sekiranya dipastikan kekal sebagai menteri kewangan Malaysia. – NTHQiBord, 10 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.