KEPUTUSAN BN untuk melantik Najib Razak sebagai pengerusi lembaga penasihat gabungan itu sebagai langkah ke belakang, kata bekas setiausaha agung BN Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Nazri menyifatkan perkembangan tersebut tidak baik buat Umno.

“Saya rasa ia regresif,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

“Kita (BN) kalah bawah siapa? Apa jenis nasihat yang beliau boleh berikan?” soal Nazri.

Nazri juga membangkitkan Najib tidak layak kerana sedang didakwa di mahkamah dan sedang berdepan dengan perbicaraan kes 1MDB.

Semalam, Setiausaha Agung BN mengumumkan perlantikan Najib sebagai pengerusi lembaga penasihat BN untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat.

Sebelum PRU14, Nazri dikenali sebagai pemimpin yang kuat mempertahankan Najib Razak. – NTHQiBord, 10 Julai 2019

1 COMMENT

  1. Nazri ko tu manusia..ko bukn nye tuhan.cuba ko chek dri ko.siapa ramai penyokong dn peminat..ko ke bosskurrr.??ko tk suka bosskurr ramai yg suka..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.