DR Sahruddin Jamal merupakan Menteri Besar Johor yang baharu menggantikan Osman Sapian yang meletak jawatan ekoran desakan pihak istana Johor.

Menurut Dhia Hani dari Pemikir Muda Johor, Dr Sahruddin bagaimana pun gagal membawa Johor ke satu paradigma baru apabila masih mengikut telunjuk DAP Johor dalam membuat apa-apa keputusan.

Menurut Dhia, pelbagai isu mengaitkan Menteri Besar Johor dengan DAP.

Antaranya ialah isu Pasir Gudang yang memperlihatkan Menteri Besar Johor agak pasif dalam mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan pencemaran di Pasir Gudang.

Dhia menambah kebanyakkan kenyataan dikeluarkan oleh dua orang pemimpin DAP iaitu Yeo Bee Yin yang merupakan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta Tan Chen Choon yang merupakan Exco Kerajaan Tempatan Johor.

“Dua orang pemimpin DAP ini seakan-akan ‘selesa’ bekerja dua orang mereka sahaja tanpa keperluan dari Menteri Besar Johor, ” tulis Dhia.

Isu kedua yang dibangkitkan Dhia ialah isu kebiadaban Ahli Parlimen Labis yang menimbulkan isu plat kenderaan ‘TMJ’ dan ‘RZ’ di Parlimen.

Keadaan ini menimbulkan ketegangan kerana dilihat mencampuri urusan institusi Di Raja Johor.

Menteri Besar Johor langsung tidak campur tangan mahupun menegur Ahli Parlimen Labis berkenaan, tambah Dhia.

DAP, adalah parti politik rasis yang bukan sahaja ‘menguasai’ negeri tetapi juga ‘king maker’ dalam menentukan sesuatu yang penting dalam negara.

Johor adalah negeri yang paling banyak menerima cengkaman rasis DAP kerana kelemahan pemimpin Melayu di Johor itu sendiri.

Dhia Hani, merupakan merupakan penulis anak muda yang lantang mengkritik pentadbiran DAP di Johor –¬†NTHQiBord, 10 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.