NAJIB Razak akan menjalankan tugas membantu BN dalam usaha mengembalikan sokongan rakyat kepada parti.

Beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) malam tadi.

Perlantikan Najib diumumkan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu kenyataan media.

Keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Majlis Dewan Tertinggi BN yang sebulat suara bersetuju akan perlantikan Najib.

Najib, yang merupakan bekas Pengerusi BN sebelum ini meletak kesemua jawatannya dalam politik ekoran kekalahan besar BN dalam pilihanraya ke 14 pada Mei tahun lalu.- NTHQiBord, 10 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.