PELANTIKAN Rania Zara Medina, Ratu Trans Women 2017 oleh Kementerian Kesihatan sebagai AJK dalam Mekanisme Penyelarasan Negara (CCM) Malaysia sebagai satu tindakan menghina undang-undang negara serta tidak sensitif dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menolak alasan Kementerian Kesihatan
kononnya tindakan tersebut sebagai memastikan golongan transgender turut diwakili.

“Hal ini kerana transgender itu sendiri pun sudah bertentangan dengan Seksyen 377A Kanun Keseksaan serta Enakmen Jenayah Syariah Seksen 25,26 dan 28 Akta Kesalahan Jenayah Wilayah-wilayah Persekutuan.”

“Mengamalkan gaya hidup transgender ini sekali gus meletakkan pelakunya sebagai penjenayah yang boleh dikenakan tindakan undang-undang,” kata Ahmad Fadhli Shaari, Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Malaysia

Ahmad Fadhli mempesoalkan adakah langkah kerajaan ini merupakan satu percubaan untuk mengiktiraf golongan transgender sekali gus membenarkan mereka mengamalkan gaya hidup songsang selepas ini?

Adakah dengan alasan kononnya transgender perlu diwakili maka selepas daripada ini setiap pelaku jenayah yang lain pula berhak untuk diwakili dalam jawatankuasa yang berkaitan dengan mereka?

Bagi Ahmad Fadhli, begitu juga dengan alasan bahawa ini bukan kali pertama golongan transgender dilantik sebagai ahli jawatankuasa di dalam CCM, DPPM.

Semua jawapan ini hanyalah merupakan alasan yang sangat rapuh.

Adakah sekiranya perkara tersebut jelas melanggar undang-undang negara dan juga syariah Islam, ia wajib diteruskan semata-mata kerana ia sudah dilaksanakan sebelum ini?

Walau bagaimanapun, DPPM sekali lagi berpandangan bahawa golongan transgender seperti juga komuniti lesbian, gay dan homoseksual perlu didekati dan disantuni agar mereka tidak tersisih daripada masyarakat dan dapat meninggalkan gaya hidup mereka yang songsang.

Namun dalam masa yang sama, tidak boleh sama sekali bertolak ansur dengan memberikan mereka pengiktirafan dan juga kebenaran untuk mengamalkan gaya hidup yang bertentangan dengan undang-undang negara dan juga sekali gus undang-undang syariah Islam.

Pada masa yang sama Muslimat PAS meminta Kementerian Kesihatan menarik semula pelantikan tersebut dan mencadangkan agar wakil yang dilantik adalah daripada golongan ex-transgender yang telah melalui fasa positif untuk kembali kepada fitrah.

“CCM merupakan satu komuniti yang telah mendapatkan sokongan dana daripada Global Fund yang dilihat menyokong agenda LGBT seperti yang berlaku di Botswana,” kata Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Ketua Muslimat, Dewan Muslimat PAS Malaysia

Sebuah artikel bertajuk ‘The Global Fund Praises Botswana’s Move to Uphold Rights of LGBT People’ jelas menyatakan pujian Global Fund kepada aktivis yang memperjuangkan agenda LGBT di negara terbabit.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, berkata, pelantikan itu berdasarkan penduduk sasar yang terpilih dan ia disahkan melalui surat lantikan daripada beliau sendiri.

Menurut menteri berkenaan, pelantikan Rania Zara untuk penggal 2019-2021 adalah mengikut prosedur yang sedia ada.

Akhirnya, perjuangan LGBT mendapat tempat dalam kerajaan DAP-PH. Tahniah kepada pengundi. – 10 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.