GEMPAR satu Malaysia mengenai pemimpin DAP yang didakwa rogol pembantu rumah sendiri.

Hari ini, beliau membuat kenyataan bahawa beliau tidak mengaku di atas perbuatan itu setelah pembantu rumah beliau membuat laporan polis.

Walaupun tidak mahu berjumpa dengan petugas media, pemimpin DAP itu ketika dihubungi Sinchew Daily menegaskan “ saya tidak melakukan perkara itu.”

Pemimpin DAP yang juga merupakan Exco negeri Perak itu juga berkata, beliau percaya polis akan melakukan siasatan secara profesional.

Sinchew Daily juga melaporkan, kejadian itu mencuri tumpuan dan menimbulkan tanda tanya sama ada akan membawa ‘perubahan’ kepada kerajaan negeri.

Portal https://www.malaysia-today.net semalam melaporkan pemimpin DAP yang dimaksudkan adalah ADUN Tronoh, dan memberi gambaran dalam bentuk visual iaitu Yong Choo Kiong di laman portal mereka.

Yong Choo Kiong sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi kerana mempunyai ijazah palsu namun dipertahankan Nga Kor Ming, Pengerusi DAP Perak. – NTHQiBord, 10 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.