BELUMPUN dingin kemarahan warga Felda dengan cadangan Azmin Ali menjadikan warga Felda sebagai Pekerja Ladang “Konsep Estet”, kesabaran warga Felda diuji pula dengan pengumuman tukang masak ala ‘Pondan Bermulut Longkang’, Chef Wan sebagai ‘Ikon Felda’

Hari ini, tokoh LGBT yang Pernah memenangi Pertandingan Ratu Mak Nyah di Thailand diangkat pula menjadi Ahli CCM (Country Coordinating Mechanism) bagi menasihati kerajaan kaedah memerangi AIDS oleh Timbalan Menteri Kesihatan.

Semakin-hari semakan banyak berita lantikan ganjil dan peristiwa ganjil ditunjukkan Allah untuk membuka mata rakyat.

Menteri Ekonomi dengan Video Seks Luar Tabiinya, Exco DAP Perak yang juga merupakan ADUN Tronoh yang merogol pembantu rumahnya, penyiasat yang mengorek video CCTV Azmin dan Haziq, tiba-tiba terjumpa pula video Amir MB Selangor masuk bilik yang sama dengan ADUN Melawati, Juwairiah dan macam-macam hal lagi.

Ini belum lagi orang yang pernah jatuh hukum sebagai peliwat jadi Perdana Menteri.

Pakatan Harapan ni nampaknya bukan lagi digelar Pakatan Hancing, kini sudah boleh digelar sebagai Porn Hub berikutan kepimpinannya yang serabut dengan skandal seks luar tabii, liwat, seks sesama YB dan jenayah rogol pula.

Apa yang pasti, janji mereka terhadap rakyat terus terabai dan subsidi serta bantuan yang diberikan zaman Najib terus dirampas.

Saya takkan terkejut kalau selepas ini mereka melantik Sajat pula sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Wan Azizah.

Porn Hub ternyata sentiasa menghiburkan rakyat Malaysia.

LOKMAN ADAM,
Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

2 COMMENTS

  1. Isah mahu kemaskini semoa politik Bxap setill sama smg Dia ada felda hidupsama nya cukup disini saja akaun ta mengapa lsah sudah bawa setill

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.