SUDAH 34 hari perbicaraan kes penyelewengan danan RM42 juta SRC Interntional Sdn Bhd melibatkan Datuk Seri Najib Razak.

Pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Datuk V. Sithambaram masih cuba membuktikan bekas perdana menteri itu menyalahguna kuasa dalam urusan pinjaman wang RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) kepada SRC International.

Anak syarikat 1Malaysian Development Berhad (1MDB) itu menerima pinjaman tersebut sebanyak dua kali bayaran RM2 bilion pada 2011 dan 2012.

Bagaimanapun sehinggan hari ini pihak pendakwa raya masih belum menunjukkan bukti kukuh bahawa Najib menyalahgunakan kuasanya.

Setakat ini pihak pendakwaan hanya menunjukkan beberapa minit mesyuarat yang ditandatangani oleh Najib yang melibatkan permohonan pinjaman SRC International dan keterangan beberapa saksi yang mendakwa ‘ditekan’.

Tetapi tekanan yang mereka terima itu hanya berdasarkan sangkaan sendiri dan khabar angin dari pihak lain.

Fakta ini disahkan lagi pada perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Kali ini saksi ke-43, Datuk Maliami Hamad, bekas Setiausaha Bahagian Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari Kementerian Kewangan, pula memberi keterangan.

Maliami dalam keterangannya pertamanya mendakwa beliau dalam keadaan tertekan untuk menyediakan dokumen jaminan kerajaan bagi menjamin pinjaman KWAP kepada SRC International.

Namun semasa sesi soal balas, beliau menjelaskan bahawa tiada apa-apa ‘masalah’ tentang tekanan yang dimaklumkan sebelum ini.

Beliau berkata tekanan itu merujuk kepada tekanan kerja yang menuntutnya agar menyediakan dokumen kepada Kabinet seperti biasa.

“Tekanan yang sama maksudkan adalah tentang tempoh masa. Kami hanya mempunyai tempoh masa yang pendek untuk menyediakan dokumen Kabinet,” katanya kepada Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Beliau juga mengakui persepsinya bahawa SRC International adalah milik Najib dan bekas perdana menteri itu yang mahu urusan penyediaan dokumen Kabinet dipercepatkan adalah berdasarkan sangkaan dan mendengar kata daripada orang lain.

Maliami juga mendedahkan beliau tidak pernah bertemu atau membincangkan tentang jaminan kerajaan kepada SRC International dengan Najib.

Malah Najib tidak pernah memberi tekanan kepada Maliami untuk mempercepatkan proses dokumen jaminan itu.

Maliami juga mengesahkan dokumen Kabinet yang disediakan oleh jabatannya mengikut saluran yang betul dan prosedur kerajaan yang ketat.

Beliau bersetuju bahawa semua pihak yang terlibat menyediakan dokumen itu termasuk dirinya, terikat dengan undang-undang yang membolehkan mereka membantah jika menemui sebarang keraguan tentang jaminan kerajaan terhadap pinjaman itu.

Bagaimanapundalam kes ini, tiada seorang pun membantah dan Kabinet meluluskan dokumen itu dan mengambil keputusan menjadi penjamin kepada SRC International bagi pinjaman KWAP.

Kenyataan Maliami itu menunjukkan tiada sebarang salah laku atau salah guna kuasa dalam proses membuat keputusan memberi jaminan kepada anak syarikat 1MDB itu. – NTHQiBord, 10 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.