KERAJAAN Pakatan Harapan dipercayai cuba membincangkan agenda untuk menukar Perlembagaan Malaysia bagi menghapuskan undang-undang Syariah, kata Datuk Razlan Rafii.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah dipergunakan DAP dan PKR bagi menjayakan agenda jijik itu selepas kegagalan meratifikasi ICERD dan Statut Rom.

“Hari ini, PH sekali lagi mencuba untuk melenyapkan Islam di Malaysia melalui perubahan Perlembagaan Negara, Undang-undang Syariah melalui kerajaan Negeri akan di hapuskan.

“Niat yang tersirat didalam cadangan Pindaan Perlembagaan Persekutuan ini akan menyebabkan Undang-undang Syariah akan dihapuskan. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja tanpa dikawal oleh hukum syarak,” katanya.

Sehubungan itu beliau mengajak rakyat Malaysia berhimpun sekali lagi menumbangkan Kerajaan yang mahu mengubah Perlembagaan Malaysia.

Kenyataan Razlan itu dipercayai merujuk kepada penyebaran mesej tentang usaha Islamic Renaissance Front (IRF) yang mencadangkan untuk mengubah serta menghapuskan kuasa undang-undang Syariah melalui pindaan terhadap Jadual ke Sembilan Perlembagaan Persekutuan.

Menurut laporan Komplot Watch, IRF yang diketuai Dr Farouk Musa memberi hujah bahawa  kerajaan tidak perlu untuk mengawal dosa-dosa peribadi melalui undang-undang.

Jelas Komplot Watch itu lagi, Dr Farouk juga membentangkan perancangan tersebut dalam satu pertemuan dengan kumpulan World Movement For Democracy yg mengadakan sesi pertemuan di Hilton, Kuala Lumpur.

Dakwanya, antara yang hadir pada pertemua itu adalah Tian Chua (Pegawai Khas Menteri Kerja Raya), Cynthia Gabriel dari C4, Steven Gan (Malaysiakini) dan beberapa penggerak NGO yg lain.  – NTHQiBord, 9 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.