RANIA Zara Medina, Ratu Trans Women 2017 yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) di dalam Mekanisme Penyelarasan Negara (CCM) Malaysia di bawah Kementerian Kesihatan mendapat kecaman hebat daripada warganet.

Namun, pelantikan Rania tersebut dikatakan sah dan mengikut prosedur di dalam Mekanisme Penyelarasan Negara (CCM) Malaysia di bawah Kementerian Kesihatan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, berkata, perlantikan itu berdasarkan penduduk sasar yang terpilih dalam kalangan penduduk dan ianya disahkan melalui surat lantikan daripada beliau sendiri.

“Penduduk sasar ini termasuk mereka yang tergolong dalam kategori transgender, hubungan seks lelaki bersama lelaki (men-sex-with-men), pekerja seks wanita, penagih dadah dan orang yang hidup dengan HIV/AIDS (PLHIV)”.

Walau bagaimanapun perlantikan Rania ini dilihatkan tidak releven kerana golongan transgender tidak diterima sepenuhnya di Malaysia.

Malaysia adalah negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam yang menolak penampilan lelaki yang menyerupai wanita kerana bertentangan dengan syarak.

Perlantikan transgender mencerminkan falsafah barat yang mengikhtiraf peranan golongan LGBT, sedangkan Malaysia terikat dengan budaya timur yang menentang idealogi ‘freethinker’ yang diperkenalkan Barat.

Relevankah pemilihan wakil AJK daripada transgender? -10 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.