UMNO dan PAS menyambut baik pindaan Rang Undang-undang (RUU) had umur mengundi.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia adalah satu permulaan yang baik untuk negara apabila kerajaan sedia menerima pandangan daripada pembangkang.

“Kerajaan telah pun setuju dengan cadangan yang diusulkan pembangkang dan pihaknya akan menyokong usul yang akan dibentangkan nanti”.

““Dan keseriusan itu dapat dilihat hari ini apabila pihak kerajaan menarik balik cadangan asal untuk umur 18 didaftar secara manual,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, pihaknya melihat kerajaan semakin serius melaksanakan tugas mereka demi kepentingan negara.

“Dan keseriusan itu dapat dilihat hari ini apabila pihak kerajaan menarik balik cadangan asal untuk umur 18 didaftar secara manual”.

“Kita lihat pendekatan ini terbaik antara kerajaan dan pembangkang kerana apa sahaja yang memberikan kebaikan kepada rakyat kita boleh bersetuju.

“Kita mungkin berbeza dari segi parti, berbeza dari segi pandangan tetapi apa sahaja yang melibatkan kepentingan rakyat kita bersedia dan ini adalah signal yang baik kepada kedua-dua parti,” katanya dalam satu kenyataan ketika ditemui media.

Ismail Sabri turut menambah, pihaknya tidak akan membangkang secara membuta tuli dan melulu sekiranya perkara tersebut bukan untuk kebaikan rakyat serta negara ini.

“Apa yang ditunjukkan hari ini adalah yang baik, kita boleh terima. Begitu juga apa cadangan yang baik walaupun daripada pembangkang kerajaan pun boleh terima dan kita merasakan ini akan membawa masa depan yang lebih baik,” ujarnya.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mengulas, kerajaan hari ini telah menarik balik RUU pindaan Perlembagaan untuk menurunkan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun dan RUU baru akan dibentangkan esok.

RUU itu merangkumi tiga pindaan, termasuk cadangan pembangkang untuk pendaftaran pengundi secara automatik dan penurunan had umur calon pilihan raya kepada 18 tahun.

“Pembangkang telah memberikan komitmennya untuk menyokong pindaan Perlembagaan dengan kedua-dua cadangan tersebut, “katanya.

Dalam masa yang sama, Mahathir melahirkan keyakinan untuk mendapat sokongan majoriti dari ahli parlimen.

“Saya yakin (boleh mendapat) majoriti 2/3. Rang undang-undang itu akan dibuka semula esok,” katanya.- 10 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.