DATUK Seri Anwar Ibrahim dilihat cuba mencabar Perlembagaan negara ini.

Ia berikutan kenyataan yang dibuat oleh Anwar bahawa beliau akan mengadakan perbincangan dengan PM berhubung dengan hukuman terhadap penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin.

“Keputusan Mahkamah terhadap Wan Ji amat mengejutkan saya,”ujar Anwar dalam kenyatannya.

Sehubungan itu, Naib Presiden Parti Putra Malaysia, Datuk Hamidah Osman berkata, tindakan Anwar mahu berjumpa dengan PM disebabkan keputusan mahkamah terhadap Wan Ji adalah tidak relevan.

Hamidah berkata, kes Wan Ji telah pun diputuskan oleh mahkamah bahawa dia sememangnya menghina Sultan Selangor.

“Kenyataan Anwar menunjukkan bahawa beliau sememangnya tidak berpegang kepada lima prinsip rukun negara iaitu kesetiaan kepada raja dannegara, kedaulatan undang undang dan keluhuran Perlembagaan.

“Tindakan Anwar ini melanggar Perlembagaan Negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Hamidah, Anwar tidak sepatutnya menyalahgunakan kuasa sehingga melanggar prinsip Perlembagaan Negara.

Katanya, budaya seperti ini tidak harus dibiarkan kerana khuatir akan menyebabkan runtuhnya sistem undang-undang dan sistem kehakiman negara.

Hamidah juga menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan parti PKR dan DAP yang semakin menunjukkan tentangan dan memprotes secara terang-terangan sistem perundangan negara.

“Perkara ini semakin membimbangkan rakyat kerana dijanjikan pentadbiran Malaysia Baru yang lebih berpegang kepada prinsip ‘rule of law’.

“Rakyat dijanjikan pentabiran baru yang berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang yang mana kerajaan tidak akan mencampuri urusan undang-undang.

“Tetapi sistem pemerintahan dan pentadbiran yang sebaliknya dipertontonkan kepada rakyat serta ketidakseimbangan prinsip antara pemimpin,” katanya. – 11 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.