KITA pastinya merindui formula Rafizi Ramli untuk menyelesaikan kemelut kewangan yang melanda negara.

Rafizi nama yang tidak asing ‘dalam menciptakan formula genius’ seperti penurunan harga minyak, pendidikan percuma dan sebagainya.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), Rafizi kemudiannya menyepi dari mencipta formula-formula ‘geniusnya’.

Cerita Rafizi hanyalah tentang perebutan kerusi Timbalan Presiden PKR dan ketika melenting saat dikaitkan dengan dalang tersebarnya video semburit rakan partinya sendiri iaitu Azmin Ali.

Sebenarnya, Rafizi dilaporkan sedang bercuti di New York bersama keluarga dan menghadiri perkahwinan rakan karibnya di negara Uncle Sam itu.

Rafizi tidak lagi aktif membuat kira-kira formula walaupun kos sara hidup masih tinggi dan harga minyak masih sama seperti zaman Barisan Nasional.

Rafizi juga diam membisu dalam kemelut Felda dan membiarkan Azmin ‘terkontang-kanting’ sehingga di boo para peneroka baru-baru ini di Kuantan.

Rafizi juga tidak memberi jawapan di sebalik kebimbangan rakyat dalam isu pengangguran yang semakin meruncing walhal Pakatan Harapan itu pernah berjanji akan meningkatkan peluang pekerjaan sekiranya mereka menjadi kerajaan persekutuan seperti hari ini.

Rafizi juga tidak berkata apa-apa saat hampir ke semua aset negara dijual dan ketidakstabilan MAS untuk meneruskan kelangsungan hidup sebagai syarikat penerbangan kebanggaan negara.

Pastinya kepulangan Rafizi dari New York sangat dinanti-nantikan dan kita mahu mendengar semula formula baru dari Rafizi, ‘insan yang pernah dijulang sebagai pejuang rakyat ini’.

Selamat bercuti dan selamat kembali Rafizi!- NTHQiBord, 11 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.