WANG GST tidak dicuri. Itulah kebenaran yang dilaporkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau dikenali The Public Account Committee (PAC).

PAC yang dipengerusi oleh Datuk Noraini Ahmad, diletakkan di bawah bidang kuasa Parlimen Malaysia yang bertujuan untuk memeriksa kira-kira kerajaan dan peruntukan wang yang dibenarkan Parlimen Malaysia.

Pada 7 Ogos tahun lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendakwa kerajaan BN ‘merompak’ bayaran balik GST yang sepatutnya dipulangkan kepada peniaga dalam masa dua minggu.

Guan Eng sekali lagi membangkitkannya di Dewan Rakyat pada keesokan harinya dan dilaporkan berkata, audit dalaman dan pemeriksaan kastam mendapati RM18 bilion ‘hilang’ dari tabung bayaran balik GST.

Namun laporan Malaysiakini hari ini mendedahkan, PAC mendapati pentadbiran BN hanya membuat anggaran berlebihan (overestimate) untuk hasil yang akan diterima daripada GST, dan pada masa sama membuat anggaran rendah (underestimate) berkenaan jumlah yang diperlukan untuk bayaran balik.

Hal ini mengesahkan kerajaan dahulu tidak ‘mencuri’ atau mengambil dana dalam akaun disatukan untuk bayaran balik tersebut seperti mana dakwaan Guan Eng.

Noraini berkata laporan tersebut mengambil masa kira-kira 11 bulan untuk diselesaikan kerana ia melibatkan 10 prosiding dengan 10 saksi termasuk Menteri Kewangan, bekas menteri kewangan, bekas menteri kewangan II, bekas ketua setiausaha Perbendaharaan, Setiausaha Agung Perbendaharaan, Ketua Pengarah Kastam dan Akauntan Negara.

PAC juga menerima tiga taklimat dari Jabatan Audit Negara serta input dari Jabatan Peguam Negara dan tujuh kementerian dan agensi.

PAC ini dianggotai 13 ahli parlimen kerajaan dan pembangkang termasuk Nurul Izzah dari PKR, Wong Cheng (DAP), dan Takiyuddin Hassan (PAS).

Semua ahli PAC, dari Kerajaan dan Pembangkang, sebulat suara bersetuju dengan laporan ini terutama mengenai kesimpulannya dan cadangan yang melibatkan pembayaran balik kredit GST bernilai RM19.4 bilion,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimana pun Noraini akan membentangkan laporan ini secara rasmi pada Selasa ini (minggu hadapan). – NTHQiBord, 11 Julai 2019.

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.