LEBIH 20 negara mendesak China untuk menghentikan penahanan etnik Islam Uighur di wilayah Xinjiang.

Desakan itu dibuat menerusi satu surat yang dikeluarkan oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pakar PBB dan aktivis berkata, sekurang-kurangnya sejuta etnik Uighur dan penduduk Islam lain ditahan di pusat tahanan di wilayah barat China itu.

China memberi alasan pusat tahanan itu sebagai pusat latihan untuk mengikis fahaman ekstremis dan memberi penduduk wilayah itu kemahiran baharu.

Beijing menambah jumlah pusat tahanan tersebut selepas keganasan etnik tercetus di wilayah itu kira-kira 20 tahun lalu.

Surat desakan agar aktiviti penahanan itu dihentikan, bertarikh 8 Julai lalu dan ditandatangani lebih 22 duta dari seluruh negara.

Antaranya termasuk Australia, Kanada, Jepun, Britain, Perancis, Jerman dan Switzerland. – AGENSI, 11 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.