PENYERTAAN golongan transgender bukan sesuatu yang baharu dalam menganggotai Mekanisme Penyelarasan Negara (CCM) bukan sesuatu perkara yang baharu.

Semasa era pemerintahan kerajaan sebelum ini pun pelantikan daripada golongan itu pernah dibuat.

Bekas Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid, mengakui penyertaan golongan itu wujud sebelum beliau menjawat jawatan di Kementerian Kesihatan lagi.

“Ia bukan sesuatu yang baharu, malah turut berlaku semasa era pemerintahan kerajaan sebelum ini”.

“Perkara itu wujud sebelum saya menjawat jawatan di KKM lagi.

“Mereka berperanan memberi pendidikan berkaitan kesihatan kepada golongan minoriti di negara ini dan tidak silap saya wakil daripada golongan pekerja asing, pelacur, transgender sudah ada dilantik dalam jawatankuasa itu sebelum ini,” katanya.

Rosnah turut menjelaskan pelantikan transgender itu mengikut prosedur sedia ada.

“Cuma saya terkilan dengan Kementerian Kesihatan, apabila fungsi dan tujuan lantikan AJK itu tidak diperjelaskan kepada umum sehingga masyarakat melihat dari sudut negatif.

“Fungsi CCM ditubuhkan adalah untuk memberi pendedahan berkaitan kesihatan,” katanya.

Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar menyatakan pemilihan ahli daripada golongan minoriti itu bukanlah satu keputusan yang salah.

Katanya, pelantikan itu merupakan usaha dan inisiatif merapatkan hubungan antara kerajaan dengan golongan terbabit dalam menyebarkan pendidikan kesedaran.

“Sepatutnya kerajaan beri penjelasan lebih awal mengenai CCM.

“Terangkan kepada umum siapa ahli dan peranan mereka yang sebenarnya apabila dilantik,” jelasnya. – 11 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.