SEMALAM ADUN Tronoh dilepaskan dengan jaminan polis selepas disiasat tuduhan rogol di bawah seksyen 376 Rogol.

ADUN Tronoh disyaki merogol pembantu rumahnya yang merupakan warganegara Indonesia.

Exco Pemuda UMNO Wan Azri Wan Deris yang dikenali sebagai Papagomo terkejut dengan keputusan pihak polis yang memberikan jaminan pada tertuduh memandangkan kes rogol ini merupakan satu kesalahan jenayah yang serius.

Tulis Papagomo, untuk rekod mana-mana kes rogol apabila mangsa membuat laporan polis, suspek kes rogol tersebut akan ditahan reman terlebih dahulu.

Kebanyakkan suspek kes rogol tidak diberikan jaminan oleh pihak polis dan ditempatkan di dalam pusat tahanan sementara bagi menjamin keselamatan pengadu.

“Saya kini amat bimbang dengan pengadu wanita muda warga Indonesia kerana dengan bebas nya suspek Adun DAP ini akan merisikokan pengadu dan juga siasatan dalam kes ini,” tambah Papagomo.

Papagomo juga menambah kebarangkalian juga sangat tinggi untuk pengadu hilang dan seterusnya kes ini diklasifikasikan sebagai NFA dan perogol bebas tanpa sebarang hukuman mahkamah.

“Saya menggesa pihak Polis untuk memberikan perlindungan maksimum kepada mangsa rogol dan menggesa pihak polis menjalankan amanah dan tanggung jawab dalam siasatan kes rogol ini tanpa membelakangkan kedaulatan undang-undang,”

Pihak berkuasa juga perlu bersifat adil dalam menyiasat sebarang kes jenayah melibatkan ahli politik.

Ironinya, Papagomo sebelum ini pernah ditahan reman selama 3 malam di lokap polis hanya disebabkan ‘pegang bahu menteri’, tetapi ahli politik DAP yang menghadapi tuduhan rogol pula dibebaskan begitu sahaja.

Jarang ‘individu yang disyaki perilaku liar’ diberi kebebasan sebegini rupa melainkan dia adalah dari sarang DAP. – NTHQiBord, 11 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.