WABAK Influenza Like Illness (ILI) menunjukkan angka peningkatan di Negeri Seremban dengan catatan 168 kes .

Jumlah itu direkodkan bermula awal tahun ini sehingga tempoh 6 Julai lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata, kes yang direkodkan itu berlaku di 15 kluster dengan peningkatan lima kluster atau 62.5 peratus bagi tempoh sama tahun lepas.

“Seremban adalah daerah tertinggi kes ILI apabila merekodkan 37 kes di lima kluster manakala Jempol 98 kes di empat kluster”.

“Rembau merekodkan 16 kes di tiga kluster, Jelebu 14 kes di dua kluster dan Port Dickson tiga kes di satu kluster,”
katanya.

Setakat ini, hanya dua kes ILI yang dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan lanjut dan tiada kematian dicatatkan buat masa ini.

“Hanya dua kes dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut manakala kes lain dirawat sebagai pesakit luar”.

“Malah tiada kematian akibat ILI dilaporkan setakat ini dan tiada juga premis yang ditutup,” katanya.

Selain itu, Veerapan turut mengulas lanjut mengenai symptom ILI bukan sahaja disebabkan oleh jangkitan salur pernafasan malah meliputi pelbagai jenis influenza termasuk Influenza A dan B yang boleh berlaku di dalam komuniti secara bermusim.

“Ia adalah penyakit menyebabkan seseorang itu demam, selesema, batuk dan boleh menjadi teruk menyebabkan radang paru-paru (pneumonia).

“Penyakit ini disebabkan virus dan ditularkan melalui jangkitan pernafasan,” katanya.

Walaubagaimanapun, Veerapan berkata penyakit ILI ini tiada kaitan dengan pencemaran udara atau sungai.

Namun, beliau sempat menasihatkan orang ramai yang mempunyai gejala jangkitan salur pernafasan supaya mengelakkan ke tempat terbuka dan seeloknya memakai penutup hidung serta mendapatkan rawatan awal.- 11 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.