PEMUDA Pakatan Harapan bimbang dengan keputusan mahkamah yang memenjarakan pencemarah bebas, Wan Ji Wan Hussin kerana menghasut untuk menurunkan kuasa sultan.

Wan Ji dipenjara 1 tahun kerana membuat hasutan awam di media sosial dengan mengeji dan merendahkan kedudukan Sultan Selangor dan Johor.

Syed Saddiq Syed Abd Rahman antara individu kehadapan dalam membela Wanji, selain Howard Lee pemimpin DAP Perak, Akmal Nasrullah Nasir Ketua AMK PKR dan Sany Hamzan pemimpin PAN Selangor.

Syed Saddiq menganggap keputusan untuk memenjarakan Wan Ji terlalu berat dan tidak mengikut kecenderungan hukuman denda yang selalunya disabitkan di bawah Akta Hasutan.

Wan Ji, individu ‘freethinker’ yang terkenal dengan ceramah dan penulisan berhaluan kiri menentang sistem monarki dan menganggap setiap warga negara adalah sama rata.

Hukuman terhadap Wan Ji adalah simbol kepada keterbelaan sistem beraja di Malaysia yang tidak boleh dipermainkan sewenang-wenangnya kerana raja adalah payung kepada kedaulatan negara.

Syed Saddiq, sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi kerana ‘sering berbalah’ dengan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail atas pelbagai isu nasional dan negeri Johor. –NTHQiBord, 11 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.