ISTANA Johor sekali lagi menjadi perhatian.

Kali ini bukan pertelingkahan antara kerabat dan pemimpin kerajaan, tapi isu had umur belia.

Kerajaan Johor bermain tarik tali berhubung keputusan menetapkan had umur belia dari 15 tahun kepada 30 tahun seperti diusulkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Mulanya, Kerajaan Johor tidak setuju tetapi kemudiannya menyokong usul itu.

Disebabkan keputusan tidak konsisten itu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan terdapat campur tangan istana dalam isu siri perubahan penurunan had umur belia di Johor.

“Saya diberitahu kerana pandangan Istana Johor. Ini soal pentadbiran sewajarnya diberi ruang kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan dasar yang seragam. Kalau tidak esok akan timbul kekecohan,” katanya.

Nada yang sama juga disuarakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang yakin wujud campur tangan istana dalam isu had umur belia di negeri selatan itu.

“Mestilah ada campur tangan, sebab itu dia beri kenyataan sebegitu,” katanya.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan akan mengkaji perkara tersebut.

“Kami akan lihat sama ada wujud campur tangan atau tidak,” katanya. – 11 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.