Jerip Susil umum letak jawatan sebagai Timbalan Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan berkuat kuasa serta merta.

“Ia dibuat selepas membincangkan perkara itu dengan orang ramai, dan juga penyokong saya di Dun Mambong”.

“Ini merupakan keputusan yang amat memeritkan bagi saya tetapi ia adalah untuk kebaikan dan kepentingan perpaduan kaum Bidayuh,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Jerip, selepas ini fokusnya adalah untuk menyumbang untuk membina dan mengukuhkan perpaduan kaum berkenaan dalam kerajaan.

“Kini saya boleh menyumbang untuk pengukuhan perpaduan kaum Bidayuh dalam kerajaan negeri dan saya masih menyokong penuh ketua menteri untuk terus memimpin Sarawak,” katanya.

Jerip yang juga merupakan menteri muda pengangkutan dalam kerajaan pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mendakwa keputusan yang dibuatnya masih dalam keadaan sedar dan yakin, kerajaan negeri akan terus memerintah dengan baik.

“Saya yakin GPS bawah kepimpinan Abang Johari Openg yang memiliki wawasan, komitmen, dan mempunyai program untuk membawa kemajuan yang lebih pesat kepada kawasan pedalaman”.

“Saya juga yakin bahawa ramai yang akan mendapat manfaat menerusi Program Transformasi Luar Bandar yang dilaksanakan kerajaan negeri”.

“Program itu adalah inisiatif kerajaan untuk membawa kemudahan prasarana dan meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar,” katanya.

Oleh itu, Jerip berharap orang ramai akan terus bersatu-padu dan memberikan sokongan yang baik kepada kerajaan negeri itu.-12 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.