SALAH satu pelan transformasi FGV era DAP-PH ialah menjual aset yang tidak mencatat keuntungan dan menumpukan kepada memaksimumkan pulangan daripada perniagaan teras dan yang mencatat keuntungan.

Oleh itu kepentingannya sebanyak 100 peratus dalam FGV China Oils Ltd (FGVCO) dengan nilai RM100 juta (RMB165 juta) di jual kepada Grand Industrial Holding Co., Ltd (GIH), lapor Bernama.

Dana pemegang saham FGVCO sehingga 31 Disember, 2018 berjumlah RMB107 juta.

GIH merupakan entiti yang diperbadankan di China dan disenaraikan di Bursa Saham Shenzhen

FGVCO adalah anak syarikat milik penuh FGV yang terletak di Dongguan, China.

Syarikat ini terlibat dalam pemprosesan, penapisan, penyimpanan dan pemasaran minyak makan untuk pasaran China.

FGVCO telah mengalami kerugian disebabkan perbezaan pasaran susulan persaingan daripada pembekal serantau.

Penjualan itu tidak akan memberi sebarang impak yang ketara kepada perniagaan semasa FGV di China atau pelan strategik untuk pasaran China.

Hasil daripada cadangan penjualan tersebut akan digunakan untuk keperluan modal kerja am syarikat.

Menurut kenyataan itu, cadangan penjualan itu dijangka tidak memberi impak yang ketara kepada pendapatan sesaham FGV Group.

FGV menjangka penjualan itu akan selesai antara akhir 2019 dan suku pertama 2020.

Sejak DAP-PH mengambilalih pemerintahan daripada UMNO-BN, banyak aset dan syarikat di bawah GLC telah dijual atau ditutup. – 12 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.