LEPAS Tun Mahathir Mohamad mempelawa parti Melayu khususnya UMNO untuk sertai Bersatu, Parti Amanah (PAN) juga membuat seruan yang sama.

Kali ini pelawaan dinyatakan secara terang-terangan kepada PAS untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) .

Naib Presiden PAN, Datuk Husam Musa berkata, sudah tiba masanya untuk Pas dan pemimpinnya berfikir jika tidak mahu perjuangan mereka selama lebih 60 tahun untuk menumbangkan kerajaan UMNO sia-sia.

Menurutnya, jika Pas menyertai PH sekarang, mereka boleh menjadi kerajaan dan pada pilihan raya akan datang masih boleh jadi kerajaan sekali lagi.

“Katakan sentimen DAP banyak kerusi, tapi kalau Pas masuk PH bermakna kerusi DAP akan jadi lebih seimbang.

“Sekarang Pas ada 18 kerusi, campur dengan Amanah 11 kerusi daripada parti asal, sekarang ada 29 kerusi.

“Bahkan kalau Pas kekal dalam PH sebelum PRU sebelum ini, mungkin kita boleh menang 40 kerusi,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini. – 12 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.