DAP dan PKR semakin licik dan lantang untuk menukar Perlembagaan Malaysia.

Kini kedua parti itu muncul menggunakan Islamic Renaissance Front (IRF) selepas gagal menggunakan pendekatan ICERD dan statut Rom.

“Setelah ICERD mereka gagal, setelah Statut Rom mereka gagal, hari ini, PH sekali lagi mencuba untuk melenyapkan Islam di Malaysia melalui pindaan Perlembagaan Negara, Undang-undang Syariah melalui kerajaan Negeri akan dihapuskan,” katanya.

Pemimpin UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii menjelaskan rakyat Malaysia sekali lagi disajikan DAP dan PKR menjadikan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sebagai patung dalam usaha menghapuskan Undang-undang Syariah.

“Mahathir sekali lagi telah benarkan DAP dan PKR membincangkan untuk menukar Perlembagaan Malaysia.

“Mahathir di gunakan sebagai patung dalam usaha DAP dan PKR bagi menghapuskan Undang-Undang Syariah melalui pemindaan Perlembagaan Persekutuan.

“Usaha dan maksud perbincangan untuk pindaan sedia ada akan menyebabkan undang-undang syariah negara ini akan dihapuskan.

“Setelah ICERD mereka gagal, setelah Statut Rom mereka gagal, hari ini, PH sekali lagi mencuba untuk melenyapkan Islam di Malaysia melalui pindaan Perlembagaan Negara, Undang-undang Syariah melalui kerajaan Negeri akan di hapuskan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam satu perbincangan khas yang dibentangkan oleh Dr. Farouk Musa dari IRF mencadangkan untuk mengubah dan menghapuskan undang-undang itu melalui pindaan Jadual ke Sembilan Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Farouk, kerajaan tidak perlu untuk mengawal dosa peribadi umum melalui undang-undang.

“Kerajaan tidak perlu untuk mengawal dosa-dosa peribadi melalui undang-undang”.

“Orang Islam bebas melakukan apa sahaja tanpa di kawal oleh hukum syarak,” katanya.

Mesyuarat itu turut dihadiri oleh beberapa lagi antaranya ialah Pegawai Khas Menteri Kerja Raya, Tian Chua, Cynthia Gabriel dari C4, Steven Gan dari Malaysiakini dan beberapa penggerak NGO yg lain.

Namun, relevankah pindaan undang-undang Syariah itu dilakukan di sebuah negara Islam.

Rakyat Malaysia seharusnya sedar agama islam semakin terancam dan bangkit untuk mempertahankan kedaulatan bangsa.

Mereka hanya menentukan tetapi kuasa pemilihan ada di tangan rakyat. – 12 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.