AKHIR-akhir ini, khususnya selepas PH memerintah suhu politik Malaysia mendidih sepanjang masa. Tidak nampak tanda-tanda menurun.

“Antara isu yang paling menarik dalam tempoh sehari dua ini ialah kenyataan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan kenyataan Datuk Husam Musa,” kata Hamdan Taha, penganalisis politik.

Yang pertamanya, Mukriz memberitahu bahawa dia telah bersedia mengalas tangungjawap lebih besar daripada jawatan Menteri Besar.

Mukhriz berkata demikian dalam temubualnya bersama Nikkei Asian Review.

Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata beliau terbuka untuk menggalas tugas yang lebih besar dalam kerajaan pusat dan tidak semestinya sebagai Perdana Menteri.

Dalam temu bual yang sama Mukhriz menyatakan dia tidak bercita cita terlalu besar sehingga mahu menjadi PM seperti sesetengah orang yang mungkin merujuk kepada Anwar.

Bagi Hamdan, bukanlah terlalu sukar untuk difahami kenyataan Mukhriz itu.

Hakikatnya dia sedang bersiap sedia sama ada untuk di angkat menjadi menteri penuh sekarang, sebagai persiapan menjadi Timbalan Perdana Menteri apabila peralihan kuasa berlaku.

“Persiapan ini saya yakin telah dibincangkan oleh tiga beranak, Tun Mahathir, Tun Hasmah dan Mukriz.”

“Siapa tahu apa yang dibincangkan oleh keluarga ini atau apa-apa yang Mukhriz adukan kepada ibunya,” kata Hamdan.

Keduanya, kenyataan Husam yang menyebut bahawa orang yang paling layak menjadi TPM apabila Anwar Jadi PM ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kenapa kenyataan ini boleh keluar? Dalam kalangan pimpinan PH tahu bahawa jika Tun M betul-betul mahu serahkan jawatan PM kepada Anwar, antara syarat utama ialah Mukriz sebagai TPM.

Sebenarnya ramai kalangan pimpinan yang pro-Anwar tidak mahu perkara ini berlaku.

Bagi Hamdan, kebencian kepada Mahathir dan ahli keluarga mereka masih ada dalam jiwa pencinta Anwar.

Jika tidak, masakan Johari Abdul berkata sudah dua penggal jadi MB pun masih tidak cerdik.

“Bagi saya Husam hanya menjadi jurucakap kepada kumpulan pencinta Anwar. Mereka tidak mahu kenyataan keluar dari mulut pimpinan PKR.”

“Saya yakin Tan Sri Muhyiddin juga tidak senang dengan kenyataan Mukhriz semalam, dia tahu apa yang sedang berlaku dalam Bersatu,” kata Hamdan lagi.

Betapa sukarnya menjadi Presiden tetapi tidak ada kuasa dan semua keputusan dirujuk kepada Mahathir dan Mukriz sahaja.

Hati Muhyiddin dan penyokongnya dalam bersatu membengkak setiap hari. – 12 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.