Presiden Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ), Md Salleheen Mohamad sudah muak dengan permainan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang gemar bermain politik mengenai had umur belia.

Menurut Salleheen, Saddiq sudah beberapa kali menyebut Exco Belia dan Sukan bersetuju dengan pertukaran had umur belia tetapi mengapa terdapat juga negeri lain selain Johor mengekalkan had umur kepada 40 tahun.

“Kalau betul ada persetujuan dari Exco kenapa masih ada yang mengekalkan had umur yang sama”.

“Ada beberapa negeri lagi selain Johor mengekalkan had umur belia kepada 40 tahun,” katanya.

Salleheen menyatakan Menteri itu bertindak tergesa-gesa dan tidak membuat kajian yang teliti sebelum mengusulnya dan melaksanakannya.

“Menteri Belia dan Sukan tidak benar benar membuat kajian yang mendalam, dan seperti yang di ulang oleh nya mengenai transformasi belia,” katanya.

Penubuhan Youth Power Club (YPC) yang di ketuai oleh Armada Bersatu memperlihatkan Menteri itu sentiasa bermain politik menggunakan belia demi kuasa dan jawatannya.

“Tubuhkan YPC di 222 buah kawasan Parlimen yang di ketuai oleh Armada Bersatu di peringkat bahagian”.

“Saddiq pernah berjanji untuk mewujudkan satu jawatankuasa khas untuk menangani Kadar Pengangguran Belia dan akan memastikan kadar pengangguran belia menurun daripada 11% kepada 10%””.

“Apa yang kita lihat Saddiq hanya memperkenalkan dan melaksanakan had umur belia sebagai inisiatif mengurangkan kadar pengangguran belia,” katanya.

MBNJ dalam satu kenyataan memaklumkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa sudah 400 hari pentadbiran kerajaan baharu tetapi belia di peringkat kebangsaan tidak lagi mendapat peruntukan seperti kerajaan terdahulu.

“Mungkin beliau boleh bayang kalau kementeriannya tidak mempunyai sebarang peruntukan atau dana untuk beroperasi, bagaimana ianya hendak berfungsi,” katanya.

Sallleheen turut menasihatkan agar mana-mana pihak yang terlibat terutamanya pemimpin Kerajaan Persekutuan tidak menggunakan media sebagai platform untuk berpolitik dengan belia di Johor.

“Kita belia Johor tidak pernah mengharap apa bantuan atau peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan terutamanya Kementerian Belia dan sukan yang telah menzalimi dan menganiaya persatuan belia selama ini,”katanya.-12 Julai 2019

1 COMMENT

  1. Itulah sikap menteri2 KPH skrng..bodoh sombong..ego serta bongkak..semuanya dia boleh buat serta pandai…yg pening kepalanya adalah TM (PM)…rakyat skrng dah meluat dgn seniwara dan pemohongan KPH..tunggu je PRU ke15…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.