KETIKA isu video homoseks melibatkan PKR semakin reda, ada pihak mengambil kesempatan untuk menghangatkan semula isu itu.

Kalau minggu lalu, demo kecil yang cuba dianjurkan sekumpulan individu gagal meraih perhatian umum tentang skandal video semburit, kali ini modus operandinya sudah bertukar.

Dua kain rentang ditemukan di jejantas dan di tepi jalan di Precinct 14, Putrajaya dan dipercayai dipasang hari ini.

Kain rentang itu tertera tulisan ‘Azmin Ali cinta Haziq Aziz’ dengan cinta dirujuk melalui dua lambang hati berwarna merah, manakala terdapat tulisan “Hilman Frust (kecewa)” yang diapit dua simbol hati retak terbelah berwarna hitam.

Satu lagi kain rentang tertera mesej yang mengatakan Datuk Seri Azmin Ali lebih menjadi perdana menteri berbanding Presiden PKR Anwar Ibrahim.

“Kami sokong Azmin Ali sebagai perdana menteri kelapan. Mohon Dr Mahathir tolak Anwar Ibrahim,” demikian ayat pada kain rentang tersebut.

Mengulas isu kain rentang ini, Setiausaha Khas kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim, R Suresh Kumar berkata beliau tidak yakin orang PKR di belakang kerja-kerja tersebut.

“Ini macam kerja orang luar.

“Kedua-dua kain rentang menyerang Anwar dan Azmin kelihatan menggunakan kain yang sama. Tulisannya pun sama,” jelasnya kepada portal Malaysiakini. – 12 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.