PADA 9 Julai lalu Datuk Seri Seri Najib Razak secara rasminya dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional.

Pemuda PAS melihat pelantikan itu sebagai hal rumah tangga BN.

“Namun, PAS berharap pelantikan itu tidak sampai mengganggu tempo penyatuan ummah yang sedang berlaku sekarang,” kata Ir Khairil Nizam Khirudin, Ketua Pemuda PAS Malaysia.

Khairil mengumpamakan hidup berjiran dalam sesebuah masyarakat.

Jika jiran ada masalah, akan ditegur dengan cara baik. Tidaklah sampai membuat teguran melalui media maya.

Menurut Khairil lagi, PAS akan fokus kepada usaha memperkasakan lagi gagasan penyatuan ummah.

Apatah lagi ketika ini rakyat khususnya orang Melayu begitu bersemangat.

Penyatuan ummah ini bukan sahaja tertumpu kepada UMNO dan PAS tetapi meliputi pelbagai pihak sama ada parti politik, badan bukan kerajaan malah mana-mana rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Semua pihak kini mula merasakan keperitan hidup di bawah kerajaan DAP-PH.

Dalam pada itu pelantikan Najib sebagai pengerusi ini dipersetujui sebulat suara oleh semua parti dalam BN.

BN akur bahawa populariti Najib dapat digunakan untuk menarik kembali sokongan rakyat.

Apatah lagi sikap Najib yang terus menyantuni rakyat walaupun sudah tidak berkuasa lagi.

Tambahan pula, kegagalan kerajaan DAP-PH menunaikan janji pilihan raya di samping terdedahnya pelbagai fitnah yang dilemparkan selama ini tidak benar. – NTHQiBORD 12 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.