PENGERUSI PTPTN, Wan Saiful Wan Jan meminta para peminjam tabung tersebut menerima realiti bahawa ia tidak mungkin akan dihapuskan seperti janji manifesto PH, lapor Bernama.

Hal ini kerana peruntukan RM9.7 bilion yang disediakan setiap tahun tidak dapat menampung pinjaman kepada pelajar baharu.

Wan Saiful berkata berkata pembayaran balik itu akan digunakan untuk memberi pinjaman kepada 180,000 hinggga 200,000 pemohon baharu setiap tahun.

Menurut beliau, matlamat utama PTPTN sekarang adalah memberi komitmen bagi mengurangkan bebanan peminjam.

Di samping itu PTPTN berhasrat membantu peminjam yang disenarai hitam kerana gagal membayar balik pinjaman untuk memiliki rumah pertama.

PTPTN dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menilai semula rekod pinjaman secara keseluruhan, supaya mereka yang mempunyai tunggakan dengan PTPTN sahaja boleh membuat pinjaman tersebut.

Antara janji PH dalam manifesto ialah menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam bergaji kurang dari RM4,000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam.

Namun, janji memansuhkan hutang PTPTN berulangkali disebut dipentas-pentas ceramah.

Janji ini menyebabkan ramai anak muda memilih PH dalam PRU 14 lalu, namun sehingga kini lain pula jadinya.

Beberapa bulan lalu, Pengerusi PTPTN pernah mencadangkan supaya peminjam bukan sahaja disenaraihitam bahkan lesen mereka ditahan daripada diperbaharui.

Sehingga kini, janji ini tidak lebih baik daripada sebelumnya. – 12 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.