Tindakan yang dilakukan Wan Ji Wan Hussin dengan mengeluarkan kata-kata menghina Sultan adalah sesuatu yang hodoh.

Yang dilakukan oleh Wan Ji juga mengajar anak-anak muda tiada semangat patriotism.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin ketika ditemui.

Bagi Khairil, Pemuda PAS berpegang teguh konsep demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

“Negara ini dibina atas kerangka dan sistem demokrasi dan raja berperlembagaan.”

“Jika kita tidak bersetuju dengan Sultan atau Raja, itu bukanlah cara yang betul,” kata Khairil.

Sultan dan Raja juga manusia biasa yang ada kelemahan kesilapan. Namun bukan dengan cara menghina dan mahu menjatuhkan isntitusi ini.

Bagaimana pula jika ada orang yang menghina ayah kita? Bagaimana perasaan kita ketika itu?

Menurut Khairil, apa yang dilakukan oleh Wan Ji itu berkemungkinan sebahagian daripada perancangan DAP.

Mereka mahu membawa imej yang tidak baik kepada dunia luar tentang apa yang berlaku di Malaysia.

Mereka mahu dunia luar memberi tekanan kepada institusi raja itu.

Pemuda PAS beranggapan ini hanyalah tindakan mikro. Tidak mustahil ada tindakan makro dalam gagasan mereka yang perlu diawasi.

Pada masa yang sama, Pemuda PAS mempersoalkan adakah benar kerajaan baharu mahu menjadikan Malaysia lebih sejahtera jika tindakan mereka menyalahi rukun negara.

Adakah sikap menyanggah kesetiaan kepada raja dan negara merupakan tindakan yang patriotisme?

Inikah genarasi anak muda akan datang yang mahu dibentuk?

Pemuda PAS dan blok pembangkang tidak setuju akan tindakan DAP dan pemuda PH yang mempertahankan Wan Ji yang jelas melakukan kesalahan.

Wan Ji, didakwa pada 10 September 2014, menerbitkan perkataan yang menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah, termasuk membabitkan isu agama dalam Facebooknya.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 iaitu denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

Wan Ji hanya dijatuhkan hukuman setahun penjara. – NTHQiBORD 12 Julai 2019

1 COMMENT

  1. Wan Ji telah melanggar ADAT KESOPANAN sebagai seorang yang dilahirkan dalam kelompok Melayu. Saya tak mahu ulas dari aspek perundangan kerana Mahkamah telah buat keputusan.

    Saya percaya biarlah beliau ‘Reflect’ kata-kata beliau yang biadap itu dalam tempoh menjalani hukuman di penjara. Beliau tahu ’cause and effect’ dari kata-kata beliau itu. Perlembagaan Negara kita dan Akta Hasutan itu jelas tentang perkara yang telah dibicarakan di mahkamah tersebut. Beliau telah meletakkan keperibadian diri nya di tahap yang sangat rendah dengan mengeluarkan kata-kata sebegitu.

    Tiada pembelaan lagi kepada beliau kerana beliau telah diberikan pembelaan secukupnya di Mahkamah. HORMATILAH KEPUTUSAN MAHKAMAH

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.