KETUA Pemuda PAS, Ir Khairil Nizam Khirudin menyifatkan tindakan beberapa pemimpin DAP yang menekan pihak polis dalam isu rogol tidak wajar dan double standard.

“Tindakan pihak polis menahan tertuduh untuk melakukan siasatan mengikut prosedur operasi standard (SOP).”

“SOP yang digunapakai oleh mereka adalah sama yang digunakan sejak dahulu, iaitu sejak saman BN memerintah dan terpakai untuk semua tertuduh tidak kira kedudukan mereka,” kata Khairil.

Beliau menggesa DAP yang kini telahpun menjadi kerajaan agar menghormati pihak polis dalam menjalankan tugas meraka.

“Kalau DAP sendiri tidak menghormati tugas polis, mana perginya perjuangan ‘rule of law’ yang kamu perjuangkan selama ini?” soal Khairil.

Dalam kes rogol yang membabitkan Adun Tronoh, tindakan pemimpin DAP yang dilihat mengugut polis merupakan tindakan tidak bijaksana.

Kejadian ugutan DAP kepada polis ini bukan pertama kali berlaku. Beberapa bulan lalu perkara yang sama berlaku di Pahang.

Khairil menekankan bahawa ketika DAP menjadi pembangkang dahulu, mereka lantang mengkritik BN kerana dikatakan mempergunakan polis.

Maka sekarang, apabila telah menjadi kerajaan DAP melakukan tekanan kepada polis lebih teruk daripada zaman BN.

Khairil menyeru agar rakyat Malaysia menolak DAP. Bukan menolak orang Cina. Hal ini kerana bukan semua orang Cina menyokong dan bersengkongkol dengan DAP.

Gelagat DAP ini juga menyebabkan orang Cina juga tidak senang duduk. Mereka sedar kedudukan mereka bukan majoriti dalam negara ini.

Sebahagian besar urusan seharian mereka membabitkan kaum lain khususnya orang Melayu.

Suasana yang tidak harmoni ini boleh menggangu mereka khususnya mereka yang terbabit dalam bidang perniagaan.

Mereka juga mahu hidup dalam negara ini dalam keadaan aman dan harmoni.

Ketika UMNO memerintah selama 60 tahun, walaupun ada kelemahan namun tidak berlaku kegusaran dalam keharmonian dalam masyarakat seperti sekarang ini.

Bagi beliau, rakyat telahpun menghukum UMNO dalam PRU 14 lalu. – 12 Julai 2019

2 COMMENTS

  1. “Tolak DAP, bukan menolak orang Cina”. Tapi sedarkah anda majoriti orang Cina adalah orang DAP. Hanya segelintir kecil sahaja orang Cina yang tidak menyokong DAP. Kerana, kebanyakan orang Cina hanya mementingkan diri mereka sahaja tanpa memikirkan orang lain selari dengan hala tuju DAP. Jadi tolaklah mereka sebagai pepimpin dan pembuat dasar. Jadilah, orang yang beragama Islam sebagai pemimpin untuk memastikan keadilan untuk semua tanpa mengira agama dan bangsa

  2. Kita tidak sepatutnya menyebut/menanggap “Kerajaan DAP” yg belum lg wujud di Malaysia, pada hakikatnya dap hanya sebahagian dari K-ph juga dianggotai oleh PKR dan 2 pati Melayu Amanah dan ppbm. Namun dap dilihat jd kuasa penentu dlm PH, sbb tanpa dap K-ph waima Madey sebagai PM pun xwujud..

    1. Ini baru jd kuasa penentu, bayangkan lah andainya parti cauvanis itu menguasai pemerintahan sepenyhnya.(Barang dijauhi AllahSWT dan diselisihkan Malaikat 44..)?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.