PADA Jun 2014, Yeo Bee Ying melalui Roketkini.com mengeluarkan kenyataan mahu pihak berkuasa bertindak segera dalam kes rogol di Kelantan.

Bee Yin berlagak hero dalam kes seorang pelajar tingkatan dua yang telah dirogol secara berkumpulan di sebuah rumah kosong di Ketereh.

Yeo Bee Yin sekali lagi ‘berlakon baik’ apabila melancarkan antirogol.com dengan memperkenalkan tagline beliau ‘rogol adalah rogol’ pada Jun 2016 melalui All Women’s Action Party (AWAM) yang berkolaborasi dengan parti nya DAP.

Teo Nie Ching tidak kurang hebatnya dalam lakonan apabila pada Ogos 2016 dia menyuarakan kebimbangan kepada media berikutan keputusan mahkamah membebaskan seorang perogol gadis bawah umur daripada sebarang hukuman jenayah.

Chong Eng, pemimpin DAP Pulau Pinang juga pernah bermain wayang memuji tindakan polis mempercepatkan kes siasatan rogol pada Jun 2014, dimana melibatkan pembantu rumah Indonesia yang menjadi hamba seks kepada majikannya sekian lama.

Ini tidak termasuk ‘taiko tai’ Lim Guan Eng sendiri yang mendesak tubuh badan bebas siasat kes rogol atlet SUKMA yang berlaku pada Julai 2013.

Gobind Singh Deo pun apa kurangnya berdrama apabila mendesak polis segera siasat ugutan rogol peserta wanita himpunan #BatalGST pada 1 Mei 2015 seliaan DAP.

Tetapi, ini adalah drama-drama dahulu yang kerap bermain ruang digital.

Hero dan heroin DAP yang memperjuangkan isu rogol ini sudah hilang dibawa arus kemasyuran dan jawatan apabila mereka menjadi kerajaan.

Baru-baru ini, ADUN Tronoh yang merupakan pemimpin DAP Perak, Paul Yong Choo Kiong dibawah tuduhan rogol pembantu rumah Indonesia.

Mangsa mengalami trauma dari segi emosi walaupun tiada kecederaan dari segi fizikal.

Apa yang menyedihkan, Paul Yong dibebaskan begitu sahaja tanpa tahanan reman.

Siasatan berjalan seperti biasa dan kali ini tiada pemimpin DAP yang kehadapan dalam mendesak supaya suspek ditahan reman.

Pemimpin wanita DAP seperti Yeo Bee Yin, Teo Nie Ching, Chong Eng membisu diam seribu bahasa ibarat mulut mereka digam dengan gam gajah!

Lim Guan Eng pula memandang kes Paul Yong ini sebelah mata apabila hanya mahu mengambil tindakan apabila Paul Yong dibuktikan bersalah.

Guan Eng langsung tidak cuba untuk ‘memaksa’ polis mempercepatkan siasatan mereka, seperti mana dalam kes sebelum ini iaitu sebelum mereka memerintah.

Gobind Singh Deo pula mengambil langkah selesa untuk tidak memberi apa-apa komen mengenai kes rogol Paul Yong, yakni membuktikan Gobind Singh ini benar-benar berat sebelah.

Pemimpin DAP lain seperti biasa hanya berkokok apabila melibatkan bangsa mereka, atau perkara yang mengganggu gugat bangsa mereka, atau hanya bercakap tentang perkara untuk merendahkan orang Melayu, merendah Islam, memperkecilkan raja-raja.

Jika begini caranya, hairan dengan sebilangan orang Melayu yang masih memuja DAP dan hairan dengan bangsa Cina dan India itu sendiri yang masih menyokong DAP yang nyata berat sebelah dan tidak adil kepada kaum lain! – NTHQiBord, 13 Julai 2019.

1 COMMENT

  1. Baru sedarkah kita… bukankah agenda DAP ini telah jelas… begitu jelas. Bilakah kita hendak sedar!!! Jadi, bersatulah kita dan pertahankan akta ISA malah akta ini sepatutnya diperkasakan supaya tiada yang berani menggangu gugat perlembagaan negara ini. Jika ahli-ahli DAP dan sekutunya tidak setuju dengan perlembagaan negara ini, maka bermigrasilah kenegara lain. Saya percaya, ramai yang ingin menjadi warganegara ini sekiranya diberikan peluang

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.