DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggesa menteri Pakatan Harapan yang terpalit isu sijil tipu agar meletakkan jawatan dengan segera.

Ketua DPPM, Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, walaupun tiada syarat memerlukan kelulusan pendidikan untuk menjadi menteri, tetapi pemimpin Pakatan Harapan menipu rakyat pada pilihan raya umum yang lalu.

Jelasnya, ada menteri Pakatan Harapan yang menang dengan menipu rakyat, kononnya mereka mempunyai kelulusan pendidikan dari dalam dan luar negara.

“Akhirnya, dunia mentertawakan Tun Mahathir Mohamad kerana mempunyai jeneral (menteri) yang penipu.

“Jadi saya menyeru kepada menteri-menteri penipu ini, sila letak jawatan,” katanya ketika sesi bual bicara bersama Nothing To Hide bertajuk ‘Pemuda PAS Pilih Tun Mahathir atau UMNO’ baru-baru ini.

Khairil juga yakin dalam Pakatan Harapan masih mempunyai Ahli Parlimen sama ada dari UMNO, PAS atau Pakatan Harapan sendiri yang hebat dan baik untuk menggantikan menteri terbabit.

Malah beliau berkata, PAS sendiri sedia menawarkan bantuan kepada Tun Mahathir untuk sama-sama membina negara ke arah yang lebih baik.

“Jika Tun Mahathir perlukan bantuan PAS, kita ada konsep kerajaan teknokrat.

“Kita ada teknokrat (pakar) yang mampu membantu Tun Mahathir untuk membina negara,” katanya. – NTHQiBord, 12 Julai 2019.

4 COMMENTS

  1. Ramai je exmenteri Be End yg sijilnya konon tinggi melangit, tapi rasuah & salah guna kuasa berleluasa & melangit jg mereka lakukan. Kelulusan tinggi digunakn utk menipu rakyat jelata dgn licik. Rasa mahu berbakti demi amanah yg dipikul seperti tiada dlm nurani selain mahu memenuhkn tembolok masing2 😭😭😭

  2. Sebenarnya bukan soal sijil tinggi melangit. Itu individu. Ada juga sijil tinggi melangit jujur. Tapi org tak suka. Yang tak ada sijil ne. Kurang kemahiran bila melaksanakan kerja.

  3. Lu fikir la sdiri.. selain jadi wakil rakyat..menteri dipilih pegang sesuatu jwtn dan dlm masa sama mereka juga ahli penggubal segala akta/undang²..bgmana mungkin menteri yg pegang sijil ‘sekolah rendah’ @sijil palsu ni menetapkan syarat@kelayakan utk seseorang menjadi penjawat awam dgn sekurang²nya ada ijazah sedang diri sdiri tidak punya kelayakan@ sekadar ada sijil palsu..!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.