Monday, June 21, 2021
Home Berita Idea tubuh Bersatu adalah dari Lim Kit Siang

Idea tubuh Bersatu adalah dari Lim Kit Siang

1

NAJIB Razak membuat pendedahan panas mengenai asal usul penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menurut Najib, Lim Kit Siang adalah individu penting dalam melontarkan idea penubuhan Bersatu melalui satu mesyuarat bersama Tun Mahathir dan pemimpin-pemimpin lain selepas Mahathir mengambil pendirian beliau untuk keluar UMNO.

Idea itu berbunyi, “Tun.. apa kata anda tubuhkan satu parti Melayu baharu“.

Najib mendedahkan perkara itu semasa berucap dalam perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pendang, Kedah.

Dakwaan Najib itu turut mengejutkan hadirin yang hadir dalam majlis tersebut.

“Maknanya dalam kepala DAP, Kit Siang hendak pecah belahkan orang Melayu, peralatkan orang Melayu sendiri dan gunakan orang Melayu sebagai alat untuk menjatuhkan orang Melayu sendiri,” kata Najib.

“Saya boleh sahkan, ini bukanlah andaian, ini telah berlaku dan akibatnya bila 10 peratus undi UMNO berkurangan (tidak mengundi BN), sudah cukup untuk kita tumbang dalam pilihan raya lalu,” tambah beliau.

Najib turut memaklumkan dakwaan ini adalah dari sumber tepat dari seorang individu dari Pakatan Harapan, yang telah bertemu beliau secara peribadi untuk menyampaikan maklumat sulit tersebut. – NTHQiBord, 13 Julai 2019.

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.