LAGI isu membabitkan kerajaan Negeri Perak.

Seorang ahli PKR membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang ahli exco kerajaan negeri telah membocorkan kertas minit mesyuarat exco kerajaan negeri.

Pembocoran kertas minit mesyuarat tersebut adalah bagi mendapatkan komisen dari dua buah syarikat pertanian.

Ahli PKR yang membuat laporan polis tersebut merupakan AJK PKR Parit Buntar, Beh Yong Kean.

Yong Beng mendakwa perkara itu berlaku selepas exco berkenaan bersetuju untuk menyokong permohonan pemilikan tanah pertanian seluas lebih 36 hektar kepada dua buah syarikat tersebut.

“Perbuatan ini melanggar Akta Rahsia dan ia merupakan tindakan jenayah,” dakwa Yong Kean.

Sebagai ahli exco, wakil rakyat berkenaan tidak seharusnya membocorkan rahsia kerajaan dan menggunakan kedudukan untuk meminta rasuah.

Sekiranya kerajaan negeri Perak yang diterajui Ahmad Faizal Azumu benar-benar serius untuk memastikan pentadbiran bersih, exco tersebut harus disiasat dibawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan tiada unsur suapan dalam projek seperti yang didakwa Yong Kean. – NTHQiBord, 13 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.