PAS sedia bergabung dengan Bersatu demi penyatuan ummah asalkan Tun Mahathir Mohamad mampu memenuhi satu syarat utama.

Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM), Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, pihaknya tidak menolak mentah-mentah pelawaan Pengerusi Bersatu itu untuk menyatukan semua parti Melayu di bawah Bersatu.

“Pada saya, bagi peluang kepada kami (PAS dan UMNO) memperkasakan pembangkang.

“Tapi saya cadangkan pada Tun Mahathir supaya satukan dulu Melayu dalam Pakatan Harapan. Ajak PKR masuk Bersatu,” katanya ketika sesi bual bicara bersama Nothing To Hide bertajuk ‘Pemuda PAS Pilih Tun Mahathir atau UMNO’ baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai penyatuan ummah yang diusahakan PAS dan UMNO, Khairil berkata kedua-dua parti itu sedang menumpukan pembangunan dari suduh pembangkang.

“Kita ada PAS yang mewakili gagasan sejahtera dan UMNO dari Barisan Nasional.

“Kita nak gabungkan ini dulu sebelum menyahut seruan Tun Mahathir bergabung dengan Bersatu,” katanya.

Baru-baru ini, Tun Mahathir menyeru parti Melayu bergabung bagi mengukuhkan kuasa orang Melayu ekoran perpecahan yang berlaku dalam masyarakat itu.

Bagaimanapun pelawaan Tun Mahathir itu ditolak kebanyakan pemimpin UMNO dan PAS, sebaliknya mengajak Bersatu untuk menyertai kedua-dua parti tersebut. – NTHQiBord, 12 Julai 2019.

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.