AZMIN ALI bersetuju dengan kenyataan Mukhriz Mahathir bahawa tiada perjanjian rasmi dibuat untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar Ibrahim dalam tempoh 2 tahun.

Azmin berkata, persetujuan umum dalam Pakatan Harapan ialah Tun Mahathir perlu diberikan masa untuk memulihkan masalah ekonomi negara sebelum menyerahkan kepimpinan kerajaan kepada Anwar Ibrahim.

Azmin ditanya untuk mengulas kenyataan Mukhriz dalam satu temu bual dengan Nikkei Asian Review baru-baru ini berkenaan jawatan Perdana Menteri.

Dalam temubual itu, Mukhriz yang juga timbalan presiden PPBM berkata, tiada garis masa tertentu yang dipersetujui bapanya untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar.

Kenyataan Azmin menimbulkan perdebatan umum dan ruang maya apabila beliau seakan menafikan ‘boss nya’ sendiri sebagai Perdana Menteri ke lapan.

Azmin yang ‘diserang’ bertubi-tubi isu video semburit dan di boo peneroka di felda baru-baru ini dilihat kurang lagi akrab dengan Anwar Ibrahim setelah menjawat jawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Azmin juga antara yang disebut-sebut sebagai bakal perdana menteri, dan dilihat calon kegemaran Tun Mahathir kerana turut diberi peranan besar dalam menguruskan Khazanah Nasional.

Dengan persetujuan Azmin dan pendirian Mukhriz untuk tidak menyerahkan kuasa kepada Anwar secepatnya, peluang Anwar untuk menjawat jawatan Perdana Menteri ke lapan tampaknya telah jatuh menjunam hingga 0 peratus! – NTHQiBord, 13 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.