KETUA Polis Negara Abdul Hamid Bador memaklumkan PDRM telah menahan beberapa individu dalam siasatan video semburit mirip Azmin Ali.

Penahanan itu termasuk ahli parti politik, NGO kerana disyaki terlibat dalam pembikinan dan penyebaran video seks tersebut.

Bernama melaporkan Abdul Hamid berkata wujud konspirasi, pakatan tertentu dalam pembikinan, penyebaran video seks yang dikaitkan Azmin.

Pada 12 Jun lalu, Haziq  Abdul Aziz mengakui dirinya terlibat dalam hubungan semburit bersama Azmin selepas satu rakaman video menjadi tular melalui Whatsapp dan media sosial.

Haziq mendakwa rakaman itu dibuat tanpa keizinannya di sebuah bilik hotel di Sandakan.

Azmin bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut, dan menyifatkannya komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Namun, lapor The Star beberapa individu yang ditahan polis pun telah dilepaskan dengan jaminan. – NTHQiBord, 14 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.