SELAMA ini selepas BN kalah pada PRU-14, Datuk Seri Najib Razak banyak membantu BN untuk kembali bangkit dan menang kembali dalam beberapa siri pilihan raya kecil.

Apa pula sumbangan Datuk Seri Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin (KJ) selepas kita kalah PRU-14 selain selalu menghina dan memberi kritikan tidak membina kepada kepimpinan parti?

Najib tidak pernah kata beliau ingin kembali menjadi Perdana Menteri.

Mengapa Nazri dan KJ pula tiba-tiba rasa tidak selesa dengan peningkatan populariti Najib?

Untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dan menang kembali pilihanraya umum akan datang, kita perlu berkerjasama dan saling menaikkan satu sama lain, bukan masih bawa budaya lama iaitu saling menjatuhkan satu sama lain.

Kita tidak perlu menjatuhkan orang lain untuk naik ke atas.

Nazri dan KJ dari awal dahulu tidak bersetuju dengan penyatuan UMNO dan PAS sebaliknya ingin membawa UMNO ke arah yang berbeza.

Nazri pernah buat roadshow untuk berjumpa ketua-ketua bahagian UMNO satu Malaysia dengan cadangan supaya UMNO bekerjasama dengan PKR dan DAP.

Ini telah menjadi salah satu punca beberapa pemimpin UMNO keluar parti pada ketika itu.

KJ pula ingin buka UMNO kepada semua kaum kononnya untuk menjadi centrist (duduk di tengah).

Sebagai ahli politik, kita perlu memperjuangkan sesuatu dan perlu ada pendirian. Untuk ini kita tidak boleh duduk di tengah.

Biar rakyat menilai dan duduk di tengah, bukan kita. Sebab kita perlu semak imbang parti lawan di hujung yang bertentangan.

Kalau ahli politik pun duduk di tengah maka tiada guna jadi ahli politik kerana kita tidak ada pendirian dan hanya ikut angin bertiup seperti lalang.

Sebab itu kita telah menolak idea-idea Nazri dan KJ ini.

Dan kini tanpa bantuan mereka kita sedang menjalin kerjasama dengan PAS.

PAS memerhati gerak geri kita.

Jika kita asyik bergaduh sama sendiri dan tidak dapat menguruskan masalah dalaman rumah kita, mungkin PAS pun akan tawar hati untuk bekerjasama dengan kita.

Inikah yang Nazri dan KJ mahu supaya penyatuan ummah kita dan PAS gagal?

Jika tidak setuju pun, janganlah sabotaj sesama sendiri dan cantas usaha orang lain dalam parti. – 14 Julai, 2019.

ISHAM JALIL,
Marhaen Akar Umbi UMNO.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

1 COMMENT

  1. Bagi saya senagai rakyat malaysia dan sentiasa mngikuti perkembangan politik tanah air merasakan yg D.Nazri dan KJ kurang mmberi sumbangan terhadap perti Umno jauh sekali dpt mmbantu rakyat….seperti yg saya serta rakan2 yg telah mmbuat commen di utusan online..D.Nazri dan KJ umpama dahan yg rendang mnumpang sebatang pokok….dahannya rendang tapi tiada apa2 sumbang pada perti mahupun rakyat..kami sebagai rakyat boleh menilai pemimpin mana yg baik dan mana yg tidak baik..diharap agar presiden umno..cantaslah dahan2 yg tidak berguna agar dahan itu tidak mmberi masalah dalaman perti dimasa yg akan datang..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.