KHAIRY Jamaluddin berharap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan bertindak tegas dan tidak dibayangi oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sambil menyifatkan pelantikan Najib sebagai pengerusi majlis penasihat Barisan Nasional (BN) itu sebagai satu ‘kerja gila’, Khairy percaya blok pembangkang itu tidak akan memenangi semula pilihan raya.

“Maksud kegilaan bila kita buat perkara sama tapi harap hasil lain. Kita ambil balik Najib minta keputusan lain.

“Zahid harus bertindak sebagai Presiden UMNO, kami akan terus bersuara,” katanya.

Pelantikan Najib itu mencetuskasn polemik dalam UMNO kerana ada suara yang membantah bekas presiden parti itu kembali aktif dalam BN.

Khairy juga mengingatkan pemimpin UMNO supaya tidak menjadikan parti itu sebagai “perisai” dalam menghadapi pertuduhan di mahkamah.

“Saya tuan-puan bukan saya tak hormat pada Datuk Seri Najib. Dia yang angkat saya jadi menteri. Dia yang lantik saya jadi menteri tuan puan. Mestilah sedikit sebanyak saya terhutang budi.

“(Tapi) saya merayu sangat janganlah gunakan parti untuk perisai diri sendiri kerana yang ada di bawah tidak berdosa. Jutaan ahli Umno tidak berdosa.

“Saya (pernah menjadi) menteri, saya tahu sedikit sebanyak kesilapan, saya mohon maaf kepada rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Padang Rengas hari ini.

Khairy turut menegaskan pertuduhan yang dihadapi oleh Najib bukan bersifat peribadi, sebaliknya adalah satu jenayah bersifat besar.

Bagaimanapun, Khairy menambah bahawa dia tetap berpegang bahawa seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. – 14 Julai, 2019.

2 COMMENTS

  1. Saya x faham apa sebenarnya yang dikehendaki oleh KJ dan Nazri ni? Klu dah tahu bahawa kesalahan. Apabila dibuktikan kesalahannya baru dianggap bersalah. Jadi apa perlu kamu bising dan sibuk???? Yang penting kita jangan keruhkan suasana yang sekarang dah hampir menuju kejayaan…. Jangan pula kita nak jadi hero baru setahun jagung dlm parti!!!??? Ikut dulu yang lain kita perbetulkan dari dalam. Jangan menyalak mengalahkan anjing nampak hantu. Manusia pun naik seram……

  2. kj dn nazri macam2lah ada cita2 ke nk jadi pm???? …… takutkn dgn dsn sebagai saingan mereka. belom berjaya dh menyalak, menakut2kn org aja ….. muafakatlah ikut suara ramai ……. yg dlm spender tu biar laki bini je yg tahu, tk yah cerita dgn org ……. buat bising2 macam nyamok, menganggu org nk rehat dn tido aja.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.