RAKYAT Malaysia dinasihatkan agar tidak menyebarkan gambar Mujahid Yusof Rawa yang sedang menguap.

Perkara ini disuarakan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali.

Dr. Mohd Khairuddin berkata, beliau kesal gambar Mujahid menjadi viral di media sosial kerana menyifatkan perkara itu sebagai aib yang perlu ditutupi.

“Maaflah, usahlah menyebarkan aib saudara seagama kita meskipun berbeza latar belakang politik atau berbeza pandangan.

“Segala kesalahan dan keaiban dia tidak menghalalkan tindakan menyebarkan aib yang diharamkan oleh Islam,” katanya dalam status akaun Facebooknya hari ini.

Semalam, viral di media sosial gambar Mujahid sedang menguap ketika mengikuti sesi perbahasan di Dewan Rakyat.

Perilaku Mujahid juga dirakam Buletin Utama TV3 yang mencuri tumpuan jutaan penonton rancangan itu.

“Berpolitiklah secara damai dan berhemah. Politik idea dan ilmu. Bukan politik kebencian, emosi dan nafsu,” katanya. – NTHQiBord, 14 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.