DATUK Seri Johari Ghani berubah nada susulan pelantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengerusi Penasihat Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.

Pengerusi Badan Pertubuhan UMNO Wilayah Persekutuan bersetuju dengan pelantikan Najib itu yang diputuskan oleh kepimpinan parti itu, Isnin lalu.

“Secara peribadi tidak ada masalah dengan pelantikan Najib sebagai Pengerusi Penasihat BN,” katanya.

Johari berkata, itu adalah keputusan yang dicapai oleh kepimpinan parti dan ia perlu dihormati.

“Itu progresif daripada Presiden UMNO dan BN (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) jadi kalau beliau merasakan keseluruhan Majlis Tertinggi UMNO turut merasakan itu boleh bantu BN, terpulang kepada mereka,” katanya lagi.

Sebelum itu, pada tahun lepas, Johari mempersoalkan keputusan parti menurunkan Najib ke Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis untuk berkempen.

Malah beliau menegaskan, UMNO mungkin perlu ‘merehatkan’ Najib dalam kempen PRK memandangkan bekas perdana menteri itu berdepan perbicaraan kes salah guna kuasa dan pecah amanah berkaitan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International. – 14 Julai, 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.