LIM Kit Siang jelas tak boleh dipercayai, tiada integriti & nilai diri apabila terbukti penipu besar.

Penasihat DAP kata tak pernah tuduh Dr Mahathir sebagai seorang yg korup.

Betulkah, Kit Siang?

Saya bagi contoh mudah sebagai bukti penipuan Kit Siang

“Pada PRU-13 nanti, ….. juga menghukum 22 tahun autoritarian dan korup Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri dari 1981 hingga 2003 yg ketika ini begitu rancak berkempen,” kata Kit Siang DAP seperti laporan Roketkini yang bertarikh 24 Februari 2013.

Kit Siang, kamu mungkin dengkel ilmu dan tak faham bahwa di era IT ini, rakyat boleh periksa semula kenyataan lama kamu tentang Mahathir.

Dan Kit Siang bukan saja penipu besar tapi dia makhluk yg paling hipokrit.

Kit Siang DAP meliwat integriti & maruah sendiri apabila tutup mata kepada ‘perjuangan’nya selama ini yg mahu SPRM menyiasat kerugian RM100 bilion yang ditanggung negara di dalam skandal kewangan sepanjang 22 tahun era pemerintahan Mahathir Mohamad.

Jika dikaji, kerugian di zaman Mahathir adalah teramat besar, lebih teruk lagi & gila jika Kit Siang buat2 bodoh saja.

Kit Siang DAP juga gagal menyatakan secara jujur dan berterus-terang sama ada telah meminta kerajaan Pakatan Harapan supaya memberi jawapan sama ada rakyat Malaysia masih membayar RM100 bilion skandal kewangan itu. – 14 Julai, 2019.

NOVANDRI HASAN BASRI,
Penganalisis politik.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.