JIKA DAP mendapat sokongan 100 peratus orang Cina, memang mereka patut di sokong oleh bangsa itu.

Kerana DAP betul-betul bekerja untuk bangsa itu dan agenda DAP nak menjadikan kaum Cina sebagai pemilik mutlak Malaysia seperti Singapura.

Tak akanlah mereka tak sokong. Mereka dah lihat sejarah Singapura dan sekarang Singapura milik mereka sepenuhnya dan Melayu pula jadi pendatang di sana.

Dap bawa agenda yang sama sudah tentu mendapat sokongan kuat dari segi segala galanya.

Apakah kita orang Melayu patut marah kepada DAP jawapannya tidak kerana itu kelebihan bangsa mereka bersatu untuk kepentingan bersama.

Yang kita orang Melayu ni patut kita benci pada semua pemimpin politik Melayu ini kerana siang, malam, pagi dan petang asyik bergaduh sesama sendiri.

Saling berbunuh sesama sendiri. Dalam UMNO sekarang masih tak sedar diri bergaduh sesama pemimpin dulu penyamun sama sama sekarang dah tak boleh menyamun pun gaduh lagi macam binatang perangai masing masing.

Parti Bersatu pun kita nak letakkan harapan kononnya pun sama juga bergaduh di antara puak Tun Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah tidak boleh disorok. Mereka pun hancur apa nak diharapkan.

Nak harap ke PKR hari hari cerita Azmin Ali dan Anwar Ibrahim berebut kuasa sesama mereka.

Masa belum ada kuasa semua kongsi. Apa pun kongsi,dah ada kuasa apa pun tak boleh kongsi dah sebab kepala dah besar. Semuanya lupa ini pun spesies binatang ulat taik.

Parti Amanah apa kita nak harapkan mereka ni ikut saja apa kata DAP dan mereka dan Pas pula macam dah tak nampak perkara lain peperangan mereka ni lebih bahaya kerana melibatkan Islam.

Hukum dan kafir mengkafir antara mereka luar biasa. Berpecah belah teruk.

Maka pujian kepada DAP juga perlu saya berikan kerana mereka ada fokus dan keutamaan perancangan mereka teratur,berebut kekuasaan tak terdedah keumum.

Harta boleh berkongsi dengan membuka jalan di peringkat dasar maka bangsa mereka untung. Contoh apabila tidak ada lagi kuota Bumiputera.

Sudah tak ada tender hanya untuk syarikat Bumiputera. Sudah tak ada lagi keistimewaan kepada bangsa Melayu. Bagi orang Cina itu sahaja yang mereka mahu.

Membuka ruang kepada mereka bersaing sesama sendiri, bagi mereka syarikat Melayu bukan lagi persaingan apabila dihapuskan banyak keistimewaan.

DAP juga yang bagus walaupun kita orang Melayu wajib menentang mereka tetapi untuk bangsa mereka terbukti DAP parti yang berjaya menaikkan bangsa mereka.

HAMDAN TAHA,
Penganalisis politik.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

2 COMMENTS

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.