TAJUK di atas adalah respon sepontan Tun Mahathir Mohamad, apabila Anwar Ibrahim menyatakan “Tun bekerja mesti ikut dasar Pakatan” (maksud tersurat ialah Tun M jangan buat sesuka hati, janji dua tahun tunaikanlah).

Itu sahaja ayat sebaris Anwar. Tak berani cakap lebih. Tetapi respon balas Tun M kepada Anwar amat pedih.

“Pemimpin Pakatan mesti ikut ketua, tak ikut kita belasah”. Tonton video dan baca di sini.

Maksudnya, “Kalau aku kata dua tahun, dua tahunlah. Kalau aku kata tiga tahun, tiga tahunlah. Kalau aku kata nak selesaikan dulu hutang negara, tunggulah sampai sepenggal atau lebih sepenggal”.

Tun M kalau belasah orang, memang terduduk. Tidak ikut rule of law. Sampai mata lebam, sampai kena penjara. Hari ini dia tidak percaya orang meliwat, esok dia percaya orang itu meliwat.

Sebab itu jangan percaya bila dia mengajak orang Melayu Bersatu di bawah Bersatu (PPBM). Sebab dia sendiri memecahkan Melayu dengan menubuhkan Bersatu. Itu semua untuk memenuhi dendam politiknya.

Sekarang dia sedar, dia berkuasa kerana ehsan DAP. Dapat jawatan MB di Perak dan Johor pun kerana ehsan orang lain. Nak cari calon Ketua Kampung dan AJK MPKK pun payah.

Sekarang ini PPBM sendiri berpecah. Hanya 7 Ketua Bahagian hadir majlis sambutan Hari Raya PPBM Johor yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, MB Johor, Datuk Dr Shahruddin Jamal dan Datuk Osman Safian tidak hadir. Datuk Mazlan Bujang Pengerusi PPBM Johor dilantik oleh Tun M. Dia belasah Muhyiddin kerana digugurkan sebagai Exco Kerajaan Negeri.

Kita tunggu dan lihat, siapa pemimpin PH yang paling awal akan berkata kepada Tun M, “Sir your time is over”.

Justeru Tun M jangan heret persengkitaan dia dengan Anwar, Anwar dengan Azmin dan sesama PPBM kepada rakyat. Rakyat akan belasah mereka.

DATUK MOHD FUAD ZAKARSHI,
Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.