KETUA Polis Negara telah mengesahkan video semburit itu tulen.

Video itu memang menayangkan perlakuan jenayah semburit antara Haziq dengan seorang ahli politik yang tidak dinamakan.

Ia bukanlah video edit seperti muka Haziq yg digabungkan dengan muka Lokman Noor Adam seperti yang pernah disebarkan dulu bahawa video seperti itu mudah diedit ke muka orang lain.

Dalam kes video semburit ini, polis telah mengesahkan keaslian video tersebut seperti dapatan pakar videografi Australia yang dilaporkan bulan lepas.

Siapakah ahli politik yang telah meliwat Haziq dan diliwat oleh Haziq?

Ketua Polis Negara membayangkan tujuan rakaman dan penyebaran adalah untuk menjatuhkan karier politik seseorang.

Jadi dalam keadaan ini, secara tersiratnya rakyat boleh anggap ahli politik itu adalah Azmin Ali dalam keadaan Azmin tidak pernah memberikan bukti alibi yang beliau tiada di lokasi kejadian.

Azmin juga gagal mengambil tindakan saman fitnah ke atas Haziq kerana takut semakin banyak rahsia beliau terbongkar.

Cuma polis kelihatan amat berhati-hati dalam tindakan.

Kebiasaannya polis kejar kedua-dua orang penjenayah liwat tetapi dalam kes ini fokus polis nampaknya ke atas siapa yang rakam dan siapa yang sebar.

Tak mengapalah, saya boleh faham sebab Ketua Polis Negara lantikan politik ini memang kena ikut arahan politik dari tuan yang melantik beliau.

Jadi sama-sama kita nantikan episod seterusnya sandiwara semburit ini.

KHAIRUL AZAM ABDUL AZIZ,

Peguamcara.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.