Kenyataan yang dikeluarkan Dr. Mujahid Yusof Rawa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ditegur oleh peguam dan aktivis sosial, Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim.

Dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, Siti Kasim meminta agar Mujahid berhenti mengelirukan umat Islam berkaitan isu arak tanpa alkohol.

“Saya meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Mujahid Yusof Rawa agar tidak menghina umat Islam dengan mengeluarkan kenyataan mengelirukan berkaitan isu arak tanpa alkohol.

“Wahai Mujahid Rawa, tolong jangan hina umat Islam seolah-olah kita mudah dikelirukan, mungkin mereka yang tidak menggunakan akal akan terkeliru dengan kenyataan yang dikeluarkan,” katanya.

Menurut Siti Kassim, kenyataan yang dikeluarkan oleh Mujahid berkaitan isu tersebut menyebabkan umat Islam kini keliru dengan apa yang haram dan halal.

“Jangan cuba keluarkan peraturan apa yang kami boleh atau tidak boleh minum.

“Sekarang ini, anda mengelirukan orang lain mengenai apa yang benar-benar haram dan apa yang tidak,” katanya.

Siti Kasim tetap dengan pendiriannya dengan memberi contoh bir tanpa alkohol telah dijual di Mekah sejak tahun 1980-an lagi.

“Saya difahamkan malah di Mekah pun sejak tahun 80-an mereka menjual bir tanpa alkohol ini.

Ia susulan teguran Mujahid semalam yang meminta syarikat pengeluar minuman keras agar tidak sesekali mengeluarkan produk minuman dan arak tanpa alkohol dengan mengelirukan umat Islam.

Menurut beliau tindakan syarikat minuman keras mengeluarkan produk mengelirukan umat Islam adalah satu tindakan yang tidak baik.

Mujahid berkata, tindakan syarikat minuman keras mengeluarkan produk berkenaan amat mengelirukan ramai pihak.

“Penggunaan terma arak tanpa alkohol amat mengelirukan, lebih-lebih lagi proses penghasilan minuman itu termasuk penyulingan air dibuat dalam kerangka menghasilkan arak beralkohol,” ujarnya.

Menteri pun mereka berani tegur, padahal apa yang ditegur itu adalah untuk kebaikan semua.-15 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.