DATUK Seri Panglima Haji Abdul Rahim Ismail mengesahkan bahawa beliau mengambil keputusan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Pengesahan Abdul Rahim itu dibuat disebabkan beliau ingin menyertai semula parti UMNO.

“Saya ingin mengesahkan bahawa saya telah mengambil keputusan untuk keluar daripada BERSATU dan menyertai semula UMNO,” katanya.

Alasannya, ia bukan tindakan yang tergesa-gesa tetapi ia berkaitan dengan situasi politik semasa dalam negara.

“Keputusan ini bukanlah dibuat secara terburu-buru atau disebabkan beremosi, tetapi kerana mengambil kira situasi politik semasa negara, terutama sekali di Sabah,” katanya.

Abdul Rahim berkata, beliau pada mulanya menaruh harapan yang tinggi terhadap parti BERSATU untuk menyatu-padukan masyarakat Bumiputera di Sabah seperti yang dijanjikan.

Namun, dasar yang diamalkan oleh parti itu kelihatan tidak jelas dan tidak meyakinkan kerana mereka lebih memberi keutamaan kepada yang berjawatan serta mempunyai kedudukan politik.

“Seperti beberapa pemimpin UMNO yang telah menyertai BERSATU, saya menaruh harapan tinggi pada BERSATU untuk menyatu-padukan masyarakat Bumiputera di Sabah, sepertimana yang dijanjikan oleh kepimpinan tertinggi parti itu.

“Janji BERSATU untuk mengamalkan dasar inklusif agak samar-samar dan tidak meyakinkan, kerana parti itu lebih mengutamakan ‘selective accomodation’, iaitu memberi keutamaan kepada mereka yang ada jawatan dan kedudukan politik.

“PRU 14 sememangnya telah merubah lanskap politik negara,” katanya.

Tambahnya, beliau melihat perjuangan UMNO semakin relevan terutamanya dalam usaha membela nasib kaum Bumiputera di Malaysia khususnya di Sabah.

“Saya melihat bahawa perjuangan UMNO semakin relevan dan UMNO telah menjadi tulang belakang dalam mengamalkan dasar inklusif sepanjang era.

“Pemerintahan BN-UMNO tidak dapat dinafikan bahawa rakyat negeri Sabah telah menikmati pelbagai manfaat pembangunan sosio-ekonomi dan kestabilan politik sepanjang pemerintahan BN-UMNO.

“Saya juga percaya rakyat Sabah tidak mudah melupai jasa dan khidmat perjuangan UMNO.

“Jadi, tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa hati rakyat Sabah masih tersangkut pada UMNO,” katanya.

Selain daripada itu, beliau yakin dengan keputusan yang diambil ini akan memacu Malaysia ke jalan yang lebih baik pada masa akan datang. – 15 Julai 2019.

2 COMMENTS

  1. Sebenarnya sesipaa saja ahli YB dipilih oleh rakyat tidak layak bercakap soal kejujuran.
    Kerana YB sendiri yg tak jujur.
    Kenapa sebelum ini lompat parti.
    Sbb ada kepentingan dirikan?
    INGAT PARA PENGUNDI?
    pada bila-bila pilihan raya jangan pilih lagi species YB YB yg mengkhianati amanah/pilihan rakyat.
    Diparti mana sajapun mereka akan bertanding.
    Kuburkan terus masa depan politik mereka yg buat khianat ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.