NARATIF “SAYANG UMNO” TAK KONSISTEN DENGAN KAREKTOR NAZRI DAN KJ

Apa masalah Nazri dan Khairy Jamaluddin (KJ)?

Mereka mencari cara untuk jadi relevan dengan mempersoalkan kewibawaan orang lain, sedangkan orang yang dipersoalkan itu jauh lebih relevan, berwibawa, lebih rajin bekerja, lebih popular, lebih berjasa malah ketika ini UMNO pun menumpang populariti dan kebijaksanaannya.

Nazri – dinosaur, liabiliti kepada UMNO, semasa jadi SU BN, tiada apa yang positif semasa dia menjawat jawatan itu, melainkan yang negatif dan hanya mengakibatkan huru hara.

Pakatan pun tak terima Nazri.

Jika dia betul-betul sayang UMNO, lebih baik dia bermuhasabah diri dan undur diri.

Jika tidak, sembang “sayangkan UMNO” ni hanya sekadar retorik.

Khairy Jamaluddin pula ‘ratingnya’ makin jatuh, lebih rendah berbanding Najib dan antara sebabnya:

1. Khianati/burukkan Najib sebaik selepas BN kalah
2. Kenakan Ku Li semasa pemilihan
3. Dilihat jadi suara agenda liberal
4. Persoalkan hala tuju Presiden/UMNO, sedangkan dia tak hadir retreat yg dihadiri MT, Ketua-ketua UMNO Bahagian dan ahli-ahli Parlimen BN
5. Tidak menyokong kerjasama UMNO-Pas
6. Banyak cakap, tapi kurang kerja

Dalam soal kerjasama UMNO – Pas & agenda perpaduan ummah, nada Nazri tak jauh beza berbanding Khairy.

Kita pun tak tahu, Nazri bercakap bagi pihak siapa bila buat kenyataan ” UMNO RELA KERJASAMA DENGAN DAP, PKR DARIPADA PAS”.

Peliknya, Pakatan tidak lagi mendakwa kedua-dua pemimpin ini “tidak bersih” seperti sebelum PRU14.

Retorik ‘kami sayang UMNO’ ni tak berapa konsisten dengan karektor Nazri dan KJ, retorik yang lebih tepat dengan karakter mereka berdua adalah “KAMI SAYANG DIRI SENDIRI”.

Jadi tak perlulah berlakon menjadi “binatang suci” (lawan kepada “binatang jalang”) kerana naratif tu tak gel.

Ramai lagi yang sayang kepada UMNO di dalam UMNO, dan cara kami menyayangi UMNO berbeza dengan cara Nazri dan KJ, iaitu kami;

1. Mengalu-alukan sesiapa sahaja yang nak membantu UMNO & BN

2. Menyokong agenda perpaduan ummah demi memelihara kepentingan Islam dan ummah

3. Memfokuskan serangan kpd pemimpin & parti lawan, bukan pemimpin sendiri.

Tun Faisal Ismail bin Aziz, 15 Julai 2019 | Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

1 COMMENT

  1. Well said Tuan Faisal. Kita kena belajar dr sejarah… Kerajaan Melaka jatuh kerana org dalam, institusi raja dijatuhkan Dan menjadi Republic Indonesia kerana org dlm, Islam di eropah jutuh kerana org dalam juga. Jika kita ada barah dlm badan kita… Kita kena rawat Dan buang dia dgn berbagai Cara.Begitu juga gunting2 dlm lipatan ni. That is how I look at them.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.